Home Ekonomi Ringgit dijangka diniagakan 4.50 berbanding dolar AS minggu depan
Ekonomi

Ringgit dijangka diniagakan 4.50 berbanding dolar AS minggu depan

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 18 Januari- Ringgit dijangka diniagakan sekitar 4.50 berbanding dolar AS minggu depan ketika pasaran menunggu upacara mengangkat sumpah Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat yang baharu pada 20 Januari, kata Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).

Kenanga IB berkata gelombang perintah eksekutif mungkin boleh meningkatkan ketidakpastian dasar, memastikan aset berisiko terkawal.

\”Sementara itu, risiko geopolitik, termasuk gencatan senjata Israel-Hamas, tetap menjadi tumpuan,\” katanya.

Kenanga IB berpandangan dolar AS kekal kukuh seperti yang dijangkakan sepanjang minggu ini, mengekalkan ringgit dalam julat kecil 4.50 hingga 4.51.

\”Indeks dolar AS melepasi sebentar paras 110.0 pada hari Isnin, didorong oleh senarai gaji bukan ladang yang lebih kukuh daripada jangkaan, tetapi susut kepada 109.0 berikutan Indeks Harga Pengeluar teras AS yang rendah,\” kata bank pelaburan itu dalam nota penyelidikan pada hari Jumaat.

Bagi asas Jumaat-ke-Jumaat, ringgit menyusut berbanding dolar AS kepada 4.5040/5085 daripada 4.4945/5000 seminggu lalu.

Sementara itu, mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama lain.

Ringgit naik berbanding pound Britain kepada 5.4953/5008 daripada 5.5296/5364 pada akhir minggu dagangan minggu ini, susut berbanding yen Jepun kepada 2.8918/8949 daripada 2.8461/8497 dan susut berbanding euro kepada 4.6382/6429 daripada 4.6298/6355 sebelumnya.

Ringgit juga ditutup bercampur-campur berbanding mata wang negara-negara ASEAN lain.

Unit tempatan jatuh berbanding baht Thailand kepada 13.0664/0856 daripada 12.9824/13.0043 pada Jumaat minggu lepas dan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.2948/2983 daripada 3.2843/2888 sebelumnya.

Bagaimanapun ringgit meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 274.9/275.3 daripada 277.5/278.0 dan naik berbanding peso Filipina kepada 7.68/7.69 daripada 7.70/7.71 -Livevartha

Related Articles

Tabung Haji dijangka umum kadar dividen lebih kompetitif
Ekonomi

Tabung Haji dijangka umum kadar dividen lebih kompetitif

PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji dijangka mampu mengumumkan kadar dividen yang kompetitif...

Pasaran hartanah dijangka berkembang positif pada kadar perlahan
Ekonomi

Pasaran hartanah dijangka berkembang positif pada kadar perlahan

PROSPEK sektor hartanah terus disokong oleh statistik yang lebih baik termasuk jumlah...

AEON Bank perkenal PF-i patuh syariah, 100 peratus digital
Ekonomi

AEON Bank perkenal PF-i patuh syariah, 100 peratus digital

PETALING JAYA: AEON Bank (M) Berhad (AEON Bank) mengumumkan pelancaran Pembiayaan Peribadi-i...

Ekonomi

Ketakutan ketinggalan punca belia berbelanja berlebihan

Sikap ingin memiliki sesuatu dengan segera dan takut ketinggalan menjadi faktor utama...