Home Nasional Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI
Nasional

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI

Panel Pencegahan Penipuan Digital, Ts Lukas J. Tan

KUALA LUMPUR, 27 April- Golongan muda, khususnya pelajar dan belia, diingatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap taktik penipuan siber yang kini semakin canggih dengan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang disalahgunakan untuk tujuan jenayah.

Panel Pencegahan Penipuan Digital, Ts Lukas J. Tan berkata, kelicikan penjenayah siber mengeksploitasi perubahan teknologi serta kreativiti dalam pelbagai modus operandi baharu berasaskan AI menjadi antara faktor utama mengapa ramai mangsa mudah terperangkap.

\”Jika menerima mesej melalui SMS atau media sosial, jangan terus klik sebarang pautan. Sekiranya terima e-mel, pastikan anda tahu cara membaca URL dengan teliti sebelum klik, kerana apa yang terpapar mungkin menyembunyikan pautan lain yang berbahaya.

\”Untuk melindungi diri daripada menjadi mangsa, sekiranya menerima panggilan atau mesej daripada individu tidak dikenali, segera sekat atau \’block\’ mereka tanpa berlengah,\” katanya.

Tambah beliau lagi, golongan muda adalah antara kumpulan paling mudah terdedah kepada sindiket penipuan, justeru pendedahan kepada penggunaan media sosial seperti Facebook, WhatsApp, WeChat dan Instagram perlu dikawal, terutama pada usia yang terlalu awal.

Katanya, ibu bapa dan keluarga terdekat perlu memainkan peranan aktif memantau penggunaan gajet dalam kalangan anak-anak, bagi memastikan jenayah siber tidak terus berleluasa.

Beliau berkata demikian selepas menjadi tetamu dalam program Selamat Pagi Malaysia yang bersiaran dari Angkasapuri.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....