Home Nasional Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta
Nasional

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta

FOTO IPD SERI ALAM

JOHOR BAHRU, 27 April- Seorang pelajar lelaki maut, manakala rakannya cedera parah dalam kemalangan di Jalan Sungai Tiram, Johor Bahru, Johor, pada pukul 3.30 pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Mohd Sohaimi Ishak berkata, siasatan awal mendapati sebuah kereta dipandu seorang lelaki berusia 34 tahun dalam perjalanan dari Jalan Sungai Tiram menuju ke Bandar Tiram.

Setibanya di lokasi, sebuah khinzir melintas secara tiba-tiba, menyebabkan lelaki itu mengelak ke kanan jalan secara mengejut dan memasuki lorong bertentangan, sebelum merempuh sebuah motosikal dinaiki dua pelajar sekolah.

Mangsa pembonceng motosikal, lelaki berusia 15 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.

Manakala penunggang motosikal terbabit, juga lelaki berumur 15 tahun mengalami cedera parah dan dibawa ambulan ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, bagi mendapatkan rawatan.

Sementara pemandu kereta tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 2987.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....