Home Nasional Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme
Nasional

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan bergambar bersama anggota Kawalan Kehormatan Pasukan Rejimen Renjer Diraja pada Istiadat Perbarisan Mengarak Panji Panji Rejimen Pasukan Sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Baginda di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar / BERNAMA

KANGAR, 27 April- Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah agar warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengikis sifat mementingkan diri dan ego berkaitan kedudukan, demi memperkukuhkan kedaulatan negara.

Baginda menegaskan, budaya suka berpeluk tubuh dan hanya menunggu arahan juga perlu segera dibuang, khususnya dalam kalangan anggota tentera.

Titah baginda lagi, warga ATM, terutamanya Kor Rejimen Renjer Diraja, perlu lebih proaktif serta sentiasa mempamerkan nilai profesionalisme yang tinggi dalam setiap aspek tugas. Mereka juga diseru agar bersedia untuk bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain dalam usaha memelihara keutuhan, keselamatan dan kedaulatan negara.

Baginda bertitah demikian semasa Istiadat Perbarisan Mengarak Panji-Panji Rejimen Pasukan-Pasukan Rejimen Renjer Diraja, bersempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan baginda yang diadakan di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis.

Turut berkenan hadir, Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid.

Istiadat itu turut diserikan dengan pertunjukan terjun bebas payung terjun serta persembahan pancaragam tentera.

Pada sesi malam, lebih 25,000 rakyat membanjiri stadium meskipun hujan untuk menyaksikan pelbagai persembahan daripada pasukan Tentera Darat, termasuk Persembahan TATU Tentera Darat yang menampilkan demonstrasi ketenteraan seperti terjunan bebas (freefall), pertunjukan Anjing Perang, tempur tanpa senjata serta persembahan pancaragam.

Keseluruhan persembahan melibatkan seramai 1,800 anggota Tentera Darat Malaysia.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....