Home Nasional Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91
Nasional

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91

FOTO FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR, 27 April- Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke-91 kepada seluruh warga dan veteran pasukan itu.

Dalam perutusan baginda, Seri Paduka turut merakamkan penghargaan kepada para veteran serta mereka yang pernah berkhidmat dan menabur bakti dalam memperkukuh kekuatan TLDM.

Sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Seri Paduka Baginda menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas jasa, bakti dan pengorbanan seluruh warga dan bekas anggota TLDM dalam mempertahankan kedaulatan serta keselamatan negara.

\”Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan para syuhada,\” titah Seri Paduka Baginda.

Bertemakan “TLDM Perkasa Kedaulatan Terpelihara”, baginda turut mendoakan agar TLDM terus menjadi angkatan yang disegani di peringkat antarabangsa.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....