Home Ekonomi Pasaran hartanah dijangka catat pertumbuhan kukuh tahun ini
Ekonomi

Pasaran hartanah dijangka catat pertumbuhan kukuh tahun ini

Pasaran hartanah negara dijangka mencatat pertumbuhan yang kukuh pada 2025 / Foto Hiasan / Bernama

KUALA LUMPUR, 18 Januari – Pasaran hartanah negara dijangka mencatat pertumbuhan yang kukuh pada 2025, didorong momentum yang mampan dalam pembangunan kediaman serta wujudnya industri baharu seperti pusat data dan tenaga boleh baharu.

Pengerusi Eksekutif Rahim & Co, Tan Sri Abdul Rahim Abdul Rahman berkata penggabungan pendigitalan, kemampanan, kesedaran terhadap alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) membentuk pasaran hartanah negara.

Katanya,dengan sokongan kerajaan yang berterusan seperti insentif untuk rumah mampu milik, dasar mesra pelabur serta inisiatif bangunan hijau dan berasaskan teknologi , pasaran hartanah dijangka terus berkembang

Meskipun terdapat peningkatan aktiviti pasaran, sentimen pembeli masih berhati-hati disebabkan cabaran kos sara hidup yang meningkat .

Walaubagaimanapun, prospek kekal positif untuk pemaju yang dapat menyesuaikan dengan keperluan pasaran yang sentiasa berubah.

Related Articles

Ekonomi

MGA galak pembelian barang kemas sebagai pelaburan jangka panjang

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 26 April- Persatuan Emas Malaysia (MGA) menyarankan orang ramai...

Ekonomi

Pelabur AS kekal komited, perkukuh aspirasi Malaysia jadi hab semikonduktor global

FOTO FB Tengku ZafrulKUALA LUMPUR, 26 April- Walaupun berdepan cabaran geopolitik dan...

Ekonomi

Malaysia perkukuh peranan sebagai hab halal global di Expo Osaka 2025

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 26 April- Malaysia kekal komited memperkukuh kerjasama antarabangsa serta...

Ekonomi

Pasaran getah kekal lengang, peniaga tumpu tambah stok minggu depan

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 26 April – Pasaran getah Malaysia dijangka...