Home Nasional LAMPU 2024 serlahkan Kepengerusian ASEAN Malaysia
Nasional

LAMPU 2024 serlahkan Kepengerusian ASEAN Malaysia

LAMPU 2024 serlahkan Kepengerusian ASEAN Malaysia

Festival Light and Motion Putrajaya (LAMPU) 2024 edisi ke-8, yang diadakan di Putrajaya, merupakan acara ikonik terbesar bagi meraikan Kepengerusian ASEAN Malaysia, tahun hadapan / Foto Bernama

PUTRAJAYA, 28 Disember – Festival Light and Motion Putrajaya (LAMPU) 2024 edisi ke-8, yang diadakan di sini, merupakan acara ikonik terbesar bagi meraikan Kepengerusian ASEAN Malaysia, tahun hadapan.

Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Datuk Fadlun Mak Ujud berkata festival tersebut berpotensi mempromosikan Putrajaya sebagai sebuah bandar pintar berteknologi tinggi serta destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa.

\”Kami menggunakan teknologi terbaik untuk pemetaan ke atas bangunan, dan saya menyeru semua untuk hadir. Pelbagai segmen menarik disediakan, termasuk acara kemuncak pada 31 Disember bagi countdown ke tahun 2025, tahun di mana Malaysia akan mempengerusikan ASEAN. Ini adalah langkah permulaan bersama melalui LAMPU 2024,\” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Pembukaan Festival LAMPU 2024, di sini pada Jumaat.

Tambah Fadlun, penyertaan pereka luar negara dalam festival tersebut membuktikan bahawa Malaysia semakin dikenali di peringkat antarabangsa, khususnya melalui penganjuran acara ikonik seperti LAMPU.

Related Articles

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI
Nasional

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI

Panel Pencegahan Penipuan Digital, Ts Lukas J. Tan KUALA LUMPUR, 27 April-...

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta
Nasional

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta

FOTO IPD SERI ALAMJOHOR BAHRU, 27 April- Seorang pelajar lelaki maut, manakala...

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91
Nasional

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91

FOTO FB Sultan Ibrahim Sultan IskandarKUALA LUMPUR, 27 April- Yang di-Pertuan Agong,...

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme
Nasional

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan bergambar bersama anggota Kawalan Kehormatan...