Home Ekonomi MITI selaras hala tuju industri besi dan keluli menerusi NIMP 2030
Ekonomi

MITI selaras hala tuju industri besi dan keluli menerusi NIMP 2030

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 13 Disember– Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bakal menyelaras hala tuju industri besi dan keluli dengan objektif Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).

Hal ini dibincangkan semasa pembentangan laporan oleh jawatankuasa bebas untuk Industri Besi dan Keluli Malaysia (ISC) yang ditubuhkan pada Januari 2024.

Penyerahan laporan tersebut oleh Pengerusi ISC, Datuk Omar Siddiq, sekali gus melengkapkan tugas ISC daripada segi menjalankan rundingan meluas dengan pelbagai pihak berkepentingan.

Cadangan bagi hala tuju industri itu telahpun dibentangkan pada mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, baru-baru ini.

\”MITI berterima kasih di atas usaha ISC dalam memberi beberapa cadangan yang bernas bagi menyelaras hala tuju industri ini.

Cadangan tersebut perlu bagi memastikan kemampanan ekonomi dan pematuhan alam sekitar sektor itu.Hala tuju pelbagai industri juga perlu diselaraskan dengan aspirasi dan objektif Kerangka Ekonomi MADANI,\” kata kenyataan itu.

MITI berhasrat untuk mempertimbangkan kesemua cadangan yang dikemukakan untuk memacu transformasi industri negara.

Related Articles

Ekonomi

MGA galak pembelian barang kemas sebagai pelaburan jangka panjang

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 26 April- Persatuan Emas Malaysia (MGA) menyarankan orang ramai...

Ekonomi

Pelabur AS kekal komited, perkukuh aspirasi Malaysia jadi hab semikonduktor global

FOTO FB Tengku ZafrulKUALA LUMPUR, 26 April- Walaupun berdepan cabaran geopolitik dan...

Ekonomi

Malaysia perkukuh peranan sebagai hab halal global di Expo Osaka 2025

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 26 April- Malaysia kekal komited memperkukuh kerjasama antarabangsa serta...

Ekonomi

Pasaran getah kekal lengang, peniaga tumpu tambah stok minggu depan

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 26 April – Pasaran getah Malaysia dijangka...