Home Ekonomi Jualan kenderaan baharu menyusut lapan peratus – MAA
Ekonomi

Jualan kenderaan baharu menyusut lapan peratus – MAA

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 13 Disember– Jualan kenderaan baharu di Malaysia susut lapan peratus kepada 67,523 unit pada November 2024, berbanding bulan sama tahun lepas.

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) dalam kenyataan berkata penurunan disebabkan pendekatan tunggu dan lihat pengguna, menjelang promosi hujung tahun.

Jualan kenderaan penumpang pada bulan tersebut mencecah 62,425 unit manakala jualan kenderaan komersial turun ketara, menguncup 24 peratus kepada 5,107 unit berbanding 6,677 unit, dicatatkan pada November 2023.

\”Di sebalik penurunan itu, TIV bagi 11 bulan pertama 2024, naik 1.4 peratus kepada 731,534 unit, daripada tempoh sama tahun lepas.

Dari segi pengeluaran, 60,927 unit kenderaan penumpang dan komersial dihasilkan bulan lepas, turun 10 peratus daripada 67,743 unit pada November 2023,\” kata kenyataan itu.

MAA menjangkakan, momentum jualan lebih kukuh pada Disember 2024, dipacu promosi agresif hujung tahun.

Related Articles

Ekonomi

MGA galak pembelian barang kemas sebagai pelaburan jangka panjang

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 26 April- Persatuan Emas Malaysia (MGA) menyarankan orang ramai...

Ekonomi

Pelabur AS kekal komited, perkukuh aspirasi Malaysia jadi hab semikonduktor global

FOTO FB Tengku ZafrulKUALA LUMPUR, 26 April- Walaupun berdepan cabaran geopolitik dan...

Ekonomi

Malaysia perkukuh peranan sebagai hab halal global di Expo Osaka 2025

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 26 April- Malaysia kekal komited memperkukuh kerjasama antarabangsa serta...

Ekonomi

Pasaran getah kekal lengang, peniaga tumpu tambah stok minggu depan

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 26 April – Pasaran getah Malaysia dijangka...