Home Nasional Institusi pendidikan digesa manfaatkan pameran sejarah Melayu-Islam
Nasional

Institusi pendidikan digesa manfaatkan pameran sejarah Melayu-Islam

Institusi pendidikan digesa manfaatkan pameran sejarah Melayu-Islam

Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 12 Disember- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru institusi pendidikan untuk memanfaatkan pameran yang mempamerkan budaya Melayu-Islam.

Gesaan itu turut ditujukan kepada Arkib Negara Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Perpustakaan Negara.

Beliau berkata, pameran \’Samudera Berbicara : Pembentukan Dunia Melayu-Islam\’ anjuran Muzium Kesenian Islam Malaysia (MKIM) berpotensi untuk mengenal lebih mendalam berkaitan perjalanan rantau Melayu menjadi pusat pertukaran intelektual global.

\”Secara peribadi saya teruja dan saya sangat menggalakkan DBP untuk turut menjayakan pameran ini bukan sahaja Universiti Malaya (UM) tetapi universiti lain.

\”Saya sarankan untuk mengambil usaha luar biasa kerana pameran ini bakal memberi gambaran menyeluruh tentang kefahaman perjalanan Islam di wilayah ini,\” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama pada Majlis Perasmian Pameran \’Samudera Berbicara : Pembentukan Dunia Melayu-Islam\’ di ibu negara.

Pameran yang bermula pada 13 Disember hingga 15 Jun itu, turut menawarkan tarikan tersendiri bagi pengunjung untuk meneroka peralihan sejarah melalui pelbagai artifak, manuskrip dan karya seni.

Masyarakat juga akan didedahkan dengan pengetahuan peralihan budaya serta adat resam dunia Melayu selain memahami tentang perjalanan penyebaran pengaruh Islam.

Related Articles

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI
Nasional

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI

Panel Pencegahan Penipuan Digital, Ts Lukas J. Tan KUALA LUMPUR, 27 April-...

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta
Nasional

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta

FOTO IPD SERI ALAMJOHOR BAHRU, 27 April- Seorang pelajar lelaki maut, manakala...

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91
Nasional

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91

FOTO FB Sultan Ibrahim Sultan IskandarKUALA LUMPUR, 27 April- Yang di-Pertuan Agong,...

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme
Nasional

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan bergambar bersama anggota Kawalan Kehormatan...