Home Pasaran Ringgit Terus Meningkat Didorong Penurunan Indeks Dolar AS
Pasaran

Ringgit Terus Meningkat Didorong Penurunan Indeks Dolar AS

Ringgit Terus Meningkat Didorong Penurunan Indeks Dolar AS

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif & Rosemarie Khoo

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Livevartha) –Ringgit terus meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika dibuka pada Rabu, didorong oleh penurunan Indeks Dolar AS (DXY) apabila pelabur menjangkakan kemungkinan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS (Fed), kata penganalisis.

Pada 8 pagi, ringgit naik kepada 4.3755/3840 berbanding dolar AS daripada 4.3780/3850 ketika ditutup pada Selasa.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks DXY merosot kepada 101.441, paras terendah dalam tempoh tujuh bulan, apabila mata wang utama meningkat berbanding dolar AS.

“Hasil Perbendaharaan AS berjangka dua tahun, yang paling sensitif terhadap kadar dasar bank pusat AS, susut tujuh mata asas kepada 3.99 peratus.

“Selain itu, ringgit diunjurkan disokong dengan baik hari ini kerana prospek pengurangan kadar faedah AS akan mengecilkan perbezaan antara Kadar Dana Fed dengan Kadar Dasar Semalaman (OPR),” katanya kepada Livevartha.

Mohd Afzanizam juga mengenal pasti RM4.30 sebagai paras sokongan serta-merta bagi ringgit berbanding dolar AS.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih rendah berbanding beberapa mata wang utama semasa awal dagangan hari ini.

Ringgit turun berbanding yen Jepun kepada 3.0103/0164 daripada 2.9917/9967 ketika ditutup pada Selasa, dan susut berbanding euro kepada 4.8686/8781 daripada 4.8491/8568.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Peningkatan Semula Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Peningkatan Semula Wall Street

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Livevartha) –Bursa Malaysia mengalami peningkatan semula semasa awal...

Ringgit Tinggi Meskipun DXY Meningkat, Naik Berbanding Mata Wang Lain
Pasaran

Ringgit Tinggi Meskipun DXY Meningkat, Naik Berbanding Mata Wang Lain

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 13 Mac (Livevartha) — Ringgit diniagakan...

Belian Semasa Harga Murah Lonjak Bursa Malaysia Pada Tengah Hari
Pasaran

Belian Semasa Harga Murah Lonjak Bursa Malaysia Pada Tengah Hari

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 13 Mac (Livevartha) — Pembelian...

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Sesi Dagangan Awal
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Sesi Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 12 Mac(Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...