Home Nasional MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial
Nasional

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching / Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 13 Mac – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersedia bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menangani isu ketagihan media sosial yang semakin membimbangkan.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata pihaknya juga boleh mengeluarkan garis panduan yang selamat bagi mengawal selia penyedia platform media sosial.

\”Kami boleh mengeluarkan garis panduan untuk mengawal selia penyedia platform supaya mereka menyediakan persekitaran yang lebih selamat, terutamanya bagi pengguna di bawah umur 18 tahun.

\”Bagi pengguna dewasa pula, setiap individu perlu bertanggungjawab terhadap pilihan mereka. Jika ketagihan ini menjejaskan kesihatan mental, kami sedia bekerjasama dengan KKM kerana mereka mempunyai kepakaran dalam bidang ini,\” katanya di Dewan Negara, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Senator Azahar Hassan mengenai langkah kementerian dalam menangani cabaran ketagihan media sosial dalam kalangan pengguna.

Tambah Nie Ching, MCMC juga komited untuk melaksanakan perkongsian maklumat bagi meningkatkan kesedaran dan pendidikan masyarakat mengenai penggunaan media sosial secara bertanggungjawab dan berhemah.

Related Articles

3,390 pelajar MRSM terima manfaat Program Budi MARA
Nasional

3,390 pelajar MRSM terima manfaat Program Budi MARA

Seramai 3,390 pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menerima manfaat menerusi inisiatif...

TLDM tingkat pengawasan, tangani cabaran maritim
Nasional

TLDM tingkat pengawasan, tangani cabaran maritim

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 19 Mac – Strategi pertahanan maritim Malaysia...

Empat hentian R&R sementara di LTU siap sebelum Aidilfitri
Nasional

Empat hentian R&R sementara di LTU siap sebelum Aidilfitri

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail KUANTAN, 19 Mac...

UM-Universiti Peking perkukuh kerjasama inovasi Malaysia-China
Nasional

UM-Universiti Peking perkukuh kerjasama inovasi Malaysia-China

Seramai 28 pelajar dari Persatuan Kejuruteraan Universiti Malaya (Engineering Society of Universiti...