Home Nasional Tiong King Sing sumbang 3,000 beg sekolah untuk penduduk terjejas banjir
Nasional

Tiong King Sing sumbang 3,000 beg sekolah untuk penduduk terjejas banjir

Tiong King Sing sumbang 3,000 beg sekolah untuk penduduk terjejas banjir

Steven Kong, mewakili Datuk Seri Tiong King Sing menyampaikan sumbangan beg sekolah untuk diedarkan kepada pelajar terjejas banjir

BINTULU, 13 Mac- Bagi meringankan beban keluarga yang terjejas akibat banjir baru-baru ini, Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing, menyumbangkan sebanyak 3,000 beg sekolah kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Bintulu.

Menerusi pegawai khasnya, Steven Kong, memberitahu sumbangan tersebut merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan pihaknya dalam membantu masyarakat yang memerlukan, khususnya bagi memastikan para pelajar tidak ketinggalan dalam pelajaran akibat bencana yang melanda.

Daripada jumlah itu, sebanyak 2,000 beg sekolah akan disalurkan kepada Jabatan Pendidikan Bahagian Bintulu untuk diagihkan kepada pelajar yang terkesan di 22 buah sekolah rendah dan menengah yang terbabit dalam bencana itu.

Selain itu, sebanyak 500 beg sekolah masing-masing akan disalurkan kepada Jabatan Pendidikan Tatau dan Sebauh bagi membantu pelajar yang turut terjejas.

Sumbangan tersebut diharapkan dapat memberikan sedikit kelegaan kepada keluarga yang terkesan serta memastikan para pelajar dapat kembali ke sekolah dengan kelengkapan yang mencukupi untuk meneruskan pembelajaran mereka.

Related Articles

3,390 pelajar MRSM terima manfaat Program Budi MARA
Nasional

3,390 pelajar MRSM terima manfaat Program Budi MARA

Seramai 3,390 pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menerima manfaat menerusi inisiatif...

TLDM tingkat pengawasan, tangani cabaran maritim
Nasional

TLDM tingkat pengawasan, tangani cabaran maritim

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 19 Mac – Strategi pertahanan maritim Malaysia...

Empat hentian R&R sementara di LTU siap sebelum Aidilfitri
Nasional

Empat hentian R&R sementara di LTU siap sebelum Aidilfitri

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail KUANTAN, 19 Mac...

UM-Universiti Peking perkukuh kerjasama inovasi Malaysia-China
Nasional

UM-Universiti Peking perkukuh kerjasama inovasi Malaysia-China

Seramai 28 pelajar dari Persatuan Kejuruteraan Universiti Malaya (Engineering Society of Universiti...