Home Nasional Kerja naik taraf padang Stadium Perak siap Ogos ini
Nasional

Kerja naik taraf padang Stadium Perak siap Ogos ini

Kerja naik taraf padang Stadium Perak siap Ogos ini

Padang Stadium Perak akan dinaik taraf membabitkan penukaran rumput dan paip subsoil / RTM

IPOH, 13 Mac- Kerja-kerja menaik taraf padang Stadium Perak dijangka siap sepenuhnya pada Ogos ini.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri, Khairudin Abu Hanipah, memaklumkan ketika ini, proses lantikan kontraktor berkelayakan sedang giat dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Selain penukaran rumput dan paip subsoil, Khairudin turut mendedahkan bahawa MBI mengenal pasti keperluan untuk skop kerja tambahan bagi memastikan naik taraf padang berjalan lancar dan memenuhi piawaian terbaik.

“Hasil daripada sesi lawatan kerja ke Stadium Sultan Mizan di Kuala Terengganu dan perkongsian maklumat bersama Perbadanan Stadium Darul Makmur, Pahang, pihak MBI mendapati sistem saliran sedia ada di Stadium Perak perlu dinaik taraf.

\”Longkang sedia ada terlalu kecil dan tidak mampu menampung aliran air, jadi kita akan memperbesarkan sistem saliran bagi mengelakkan masalah air bertakung,” jelasnya.

Khairudin berkata demikian ketika ditemui selepas menjadi tetamu slot Eksklusif@Perakfm.

Beliau turut memaklumkan bahawa kos tambahan bagi kerja-kerja naik taraf akan ditanggung oleh MBI setelah mendapat kelulusan daripada pihak pengurusan.

Sebelum ini, peruntukan awal berjumlah RM500,000 bagi tujuan penukaran rumput dan paip subsoil diperoleh melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Related Articles

3,390 pelajar MRSM terima manfaat Program Budi MARA
Nasional

3,390 pelajar MRSM terima manfaat Program Budi MARA

Seramai 3,390 pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menerima manfaat menerusi inisiatif...

TLDM tingkat pengawasan, tangani cabaran maritim
Nasional

TLDM tingkat pengawasan, tangani cabaran maritim

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 19 Mac – Strategi pertahanan maritim Malaysia...

Empat hentian R&R sementara di LTU siap sebelum Aidilfitri
Nasional

Empat hentian R&R sementara di LTU siap sebelum Aidilfitri

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail KUANTAN, 19 Mac...

UM-Universiti Peking perkukuh kerjasama inovasi Malaysia-China
Nasional

UM-Universiti Peking perkukuh kerjasama inovasi Malaysia-China

Seramai 28 pelajar dari Persatuan Kejuruteraan Universiti Malaya (Engineering Society of Universiti...