Home Pasaran Belian Semasa Harga Murah Lonjak Bursa Malaysia Pada Tengah Hari
Pasaran

Belian Semasa Harga Murah Lonjak Bursa Malaysia Pada Tengah Hari

Belian Semasa Harga Murah Lonjak Bursa Malaysia Pada Tengah Hari

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Livevartha) — Pembelian semasa harga murah di kaunter wajaran tinggi perkhidmatan kewangan dan utiliti mendorong indeks utama lebih tinggi sebelum mengakhiri dagangan sesi pagi pada Khamis, dalam keadaan prestasi pasaran serantau yang kebanyakannya hambar.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak 22.19 mata atau 1.49 peratus kepada 1,507.02 daripada 1,484.83 ketika ditutup semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka 3.96 mata lebih tinggi kepada 1,488.79 sebelum bergerak antara 1,487.0 hingga 1,507.64 sepanjang sesi pagi.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 503 berbanding 160, manakala 593 kaunter tidak berubah, 1,134 kaunter tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 1.86 bilion saham bernilai RM1.44 bilion.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata FBM KLCI semakin stabil, disokong oleh angka inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah berbanding jangkaan seperti dikeluarkan pada Rabu.

Beliau berkata bagaimanapun, data inflasi yang rendah itu dijangka tidak memberikan sokongan yang kukuh berikutan kebimbangan berterusan mengenai tarif perdagangan dan kemungkinan kemelesetan di AS.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Kenaikan Di Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Kenaikan Di Wall Street

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis,...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Pengukuhan Harga Minyak Kacang Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Pengukuhan Harga Minyak Kacang Soya

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 19 Mac(Livevartha) –Kontrak...

Ringgit Naik 0.24 Peratus Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Naik 0.24 Peratus Berbanding Dolar AS

Oleh Karina Imran KUALA LUMPUR, 19 Mac(Livevartha) — Ringgit ditutup tinggi berbanding...

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ekoran Kekurangan Pemangkin Belian
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ekoran Kekurangan Pemangkin Belian

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 19 Mac (Livevartha) — Indeks utama...