Home Pasaran Ringgit Cecah Paras Paling Kukuh Sejak Jun 2021, Naik 0.69 Peratus Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Cecah Paras Paling Kukuh Sejak Jun 2021, Naik 0.69 Peratus Berbanding Dolar AS

Ringgit Cecah Paras Paling Kukuh Sejak Jun 2021, Naik 0.69 Peratus Berbanding Dolar AS

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 25 Sept(Livevartha) — Ringgit naik kepada 4.1275/1310 berbanding dolar AS pada Rabu, mencatatkan paras paling kukuh sejak Jun2021.

Mata wang tempatan meningkat 0.69 peratus daripada 4.1550/1605 pada Selasa.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit mengekalkan prestasinya yang kukuh sepanjang hari, didorong oleh jangkaan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) akan melonggarkan lagi dasar monetarinya pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang akan datang pada 8 Nov2024.

Beliau berkata pasaran menjangka penurunankadar faedah sebanyak 50 mata asasseperti yang dapat dilihat daripadaniaga hadapan kadar faedah.

Selain itu, People’s Bank of China (PBOC) mengumumkan penurunan kadar kemudahan pinjaman jangka sederhana untuk tempoh setahun daripada 2.30 peratus kepada 2.00peratus untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi.

“Kerajaan China telah meningkatkan usahanya untuk mencapai sasaran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 5.0 peratus pada tahun ini.

“Ini akan membantu meredakan kebimbangan mengenai pertumbuhan ekonomi China yang lembap. Secara keseluruhannya, ringgit dilihat berada dalam kedudukan yang baik pada masa ini,” katanya kepada Livevartha.

Ringgit turut mencatatkan prestasi yang kukuh berbanding sekumpulan mata wang utama.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Peningkatan Semula Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Peningkatan Semula Wall Street

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Livevartha) –Bursa Malaysia mengalami peningkatan semula semasa awal...

Ringgit Tinggi Meskipun DXY Meningkat, Naik Berbanding Mata Wang Lain
Pasaran

Ringgit Tinggi Meskipun DXY Meningkat, Naik Berbanding Mata Wang Lain

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 13 Mac (Livevartha) — Ringgit diniagakan...

Belian Semasa Harga Murah Lonjak Bursa Malaysia Pada Tengah Hari
Pasaran

Belian Semasa Harga Murah Lonjak Bursa Malaysia Pada Tengah Hari

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 13 Mac (Livevartha) — Pembelian...

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Sesi Dagangan Awal
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Sesi Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 12 Mac(Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...