Home Pasaran Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Dalam Dagangan Kecil Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Dalam Dagangan Kecil Minggu Depan

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Dalam Dagangan Kecil Minggu Depan

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Livevartha) –Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam dagangan kecil minggu depan sejajar dengan pasaran tunai pendasar, kata seorang penganalisis.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade, Thong Pak Leng, menjangkakan indeks itu bergerak antara paras 1,630-1,650 mata, dan sekiranya melepasi paras1,650, ia akan menunjukkan aliran menaik yang lebih mampan.

"Prospek jangka panjang kekal positif, disokong oleh keadaan ekonomi yang bertambah baik, pendapatan korporat yang lebih kukuh, dan peningkatan ketara pelaburan langsung asingyang dijangka meningkatkan momentum pasaran," katanya kepada Livevartha.

Bagi minggu yang baru berakhir, kontrak bulan semertaOktober 2024 menambah 6.0 mata kepada 1,638.0, manakala November 2024 meningkat 5.5 mata kepada 1,641.0, Disember 2024 naik 4.5 mata kepada 1,644.0 dan Mac 2025 menokok5.0 mata kepada 1,632.0.

Jumlah dagangan merosot kepada 32,671 lot daripada 48,310 lot pada minggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 46,608 kontrak daripada 49,905 kontrak.

Bagiasas Jumaat-ke-Jumaat, FBM KLCI naik3.58 mata kepada 1,633.55 daripada 1,629.97 pada minggu sebelumnya.

— Livevartha

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Peningkatan Semula Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Peningkatan Semula Wall Street

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Livevartha) –Bursa Malaysia mengalami peningkatan semula semasa awal...

Ringgit Tinggi Meskipun DXY Meningkat, Naik Berbanding Mata Wang Lain
Pasaran

Ringgit Tinggi Meskipun DXY Meningkat, Naik Berbanding Mata Wang Lain

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 13 Mac (Livevartha) — Ringgit diniagakan...

Belian Semasa Harga Murah Lonjak Bursa Malaysia Pada Tengah Hari
Pasaran

Belian Semasa Harga Murah Lonjak Bursa Malaysia Pada Tengah Hari

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 13 Mac (Livevartha) — Pembelian...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Dalam Dagangan Kecil Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Sesi Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 12 Mac(Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...