Home Pasaran FBM KLCI Dibuka Rendah Tetapi Suasana Pasaran Kekal Positif
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Rendah Tetapi Suasana Pasaran Kekal Positif

FBM KLCI Dibuka Rendah Tetapi Suasana Pasaran Kekal Positif

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Livevartha) — Indeks barometer Bursa Malaysia dibuka rendah, sejajar dengan prestasi Wall Street yang lemah berikutan peniaga memberi reaksi negatif terhadap angka Indeks Harga Pengguna (IHP) Amerika Syarikat (AS) bagi September yang lebih tinggi daripada jangkaan, kata penganalisis.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.90 mata kepada 1,639.04 daripada 1,640.94 semalam.

Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 5.15 mata kepada 1,635.79.

Bagaimanapun, suasana pasaran positif dengan146 kaunter untung mengatasi 120 kaunter rugi manakala 244 kaunter kekal tidak berubah,1,943 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 98.93 juta unit bernilai RM101.40 juta.

IHP AS meningkat 2.4 peratus pada September berbanding 12 bulan sebelumnya, tinggi sedikit daripada jangkaan 2.3 peratus tetapi lebih rendah daripada 2.5 peratus pada Ogos.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata hasil Perbendaharaan AS untuk tempoh 10 tahun telah berkurangankepada 4.06 peratus.

Mengenai bursa tempatan, katanya FBM KLCI ditutup positif semalam tetapi di bawah paras tertinggi harianberikutan aktiviti pengambilan untung pada akhir sesi dagangan.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Peningkatan Semula Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Peningkatan Semula Wall Street

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Livevartha) –Bursa Malaysia mengalami peningkatan semula semasa awal...

Ringgit Tinggi Meskipun DXY Meningkat, Naik Berbanding Mata Wang Lain
Pasaran

Ringgit Tinggi Meskipun DXY Meningkat, Naik Berbanding Mata Wang Lain

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 13 Mac (Livevartha) — Ringgit diniagakan...

Belian Semasa Harga Murah Lonjak Bursa Malaysia Pada Tengah Hari
Pasaran

Belian Semasa Harga Murah Lonjak Bursa Malaysia Pada Tengah Hari

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 13 Mac (Livevartha) — Pembelian...

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Sesi Dagangan Awal
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Sesi Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 12 Mac(Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...