Home Pasaran Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Berhati-hati Minggu Depan Menjelang Belanjawan 2025
Pasaran

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Berhati-hati Minggu Depan Menjelang Belanjawan 2025

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Berhati-hati Minggu Depan Menjelang Belanjawan 2025

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Livevartha) –Bursa Malaysia dijangka diniagakanberhati-hati dalam jajaran 1,630-1,650 minggu depan menjelang pembentangan Belanjawan2025 pada 18 Okt, kata seorang penganalisis.

Stephen Innes, rakan pengurusan di SPI Asset Management berkata perhatian akan tertumpu kepada Belanjawan 2025, yang dijangkaditerima baik oleh pasaran.

"Diharapkan Belanjawan 2025 akan merangkumi insentif yang mencukupi untuk memastikan pelaburan langsung asing (FDI) mengalirkukuh ke Malaysia, yang seterusnya akan merangsangekuiti tempatan," katanya.

Beliau juga percaya belanjawan yang menyokong pertumbuhan perniagaan dan kepentingan antarabangsa boleh mendorongkenaikan harga di Bursa Malaysia, terutamanya jika sektor utama melihat peruntukan yang memberi manfaat.

Bagaimanapun, katanya, terdapat tiga risiko yang berpotensi menjejaskan keyakinan positif itu.

"Pertama, jika data ekonomi Amerika Syarikat (AS) kekal lebih kukuh daripada jangkaan, pasaran mungkin mula mengambil kira penurunan kadarRizab Persekutuan pada masa depan, yang boleh memberi kesan kepada sentimen," katanya.

Keduanya, kesan riak boleh dirasai di seluruh rantau jika langkah rangsangan China mengecewakan atau meleset daripada jangkaan.

"Akhir sekali, sekiranya Belanjawan 2025 Malaysia tidak seperti yang diharapkan atau membentangkan inisiatif yang tidak memberangsangkan, saham tempatan boleh terjejas,” katanya.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Peningkatan Semula Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Peningkatan Semula Wall Street

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Livevartha) –Bursa Malaysia mengalami peningkatan semula semasa awal...

Ringgit Tinggi Meskipun DXY Meningkat, Naik Berbanding Mata Wang Lain
Pasaran

Ringgit Tinggi Meskipun DXY Meningkat, Naik Berbanding Mata Wang Lain

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 13 Mac (Livevartha) — Ringgit diniagakan...

Belian Semasa Harga Murah Lonjak Bursa Malaysia Pada Tengah Hari
Pasaran

Belian Semasa Harga Murah Lonjak Bursa Malaysia Pada Tengah Hari

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 13 Mac (Livevartha) — Pembelian...

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Sesi Dagangan Awal
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Sesi Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 12 Mac(Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...