Home Pasaran Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Berikutan Sentimen Kukuh Global
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Berikutan Sentimen Kukuh Global

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Berikutan Sentimen Kukuh Global

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Livevartha) — Bursa Malaysia meneruskan momentum positif pagi ini, disokong oleh sentimen pasaran global yang memberangsangkan, kata penganalisis.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 2.59 mata kepada 1,672.96 daripada 1,670.37 semasa ditutup pada Selasa.

Indeks petunjuk pasaran dibuka lebih kukuh apabila meningkat 3.69 mata kepada 1,674.06.

Di pasaran lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 277 berbanding 132, dengan 275 kaunter tidak berubah, 1,833 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan sebanyak 199.67 juta unit bernilai RM113.60 juta.

Bercakap kepada Livevartha, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pasaran serantau turut lebih baik berikutan prestasi kukuh di Wall Street dalam tempoh semalaman selepas China memperkenalkan langkah rangsangan untuk menyokong ekonominya.

Thong berkata Wall Street berakhir dengan positif, dengan ketiga-tiga indeks utama mencapai paras tertinggi sepanjang masa, walaupun terdapat penurunan yang ketara dari segi keyakinan pengguna dalam tempoh sebulan.

Purata Perindustrian Dow Jones menokok 83 mata manakala Nasdaq meningkat 100 mata, dengan hasil 10 tahun Amerika Syarikat (AS) kekal mendatar pada 3.732 peratus.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Berikutan Sentimen Kukuh Global
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Peningkatan Semula Wall Street

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Livevartha) –Bursa Malaysia mengalami peningkatan semula semasa awal...

Ringgit Tinggi Meskipun DXY Meningkat, Naik Berbanding Mata Wang Lain
Pasaran

Ringgit Tinggi Meskipun DXY Meningkat, Naik Berbanding Mata Wang Lain

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 13 Mac (Livevartha) — Ringgit diniagakan...

Belian Semasa Harga Murah Lonjak Bursa Malaysia Pada Tengah Hari
Pasaran

Belian Semasa Harga Murah Lonjak Bursa Malaysia Pada Tengah Hari

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 13 Mac (Livevartha) — Pembelian...

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Sesi Dagangan Awal
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Sesi Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 12 Mac(Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...