BINTULU, 1 Februari- Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) hari ketiga bagi sebuah vesel nelayan tempatan yang hilang di perairan Bintulu diteruskan hari ini.
Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Muhammad Suffian Eldine Abdullah berkata, operasi hari kedua semalam tidak menunjukkan sebarang petunjuk keberadaan vesel tersebut.
\”Semalam, Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) di Jeti Pasukan Polis Marin Jepak, dengan bantuan Pasukan Polis Marin Wilayah 5 Bintulu turut ditubuhkan bagi membantu pencarian.
\”Pihaknya menerima laporan daripada seorang pengadu, Faiz Yong Abdullah, pada pukul 4.00 petang semalam bahawa sebuah vesel nelayan tempatan masih gagal dikesan selepas terputus hubungan sejak Rabu lalu di perairan Bintulu,\” menurut kenyataan itu.
Vesel tersebut dikendalikan oleh tiga nelayan warga Indonesia.
Majikan kepada ketiga-tiga nelayan terbabit telah membuat laporan polis dan memaklumkan bahawa vesel tersebut berlepas ke laut untuk menangkap ikan pada 26 Januari.
Namun, sejak 29 Januari, jurumudi vesel gagal dihubungi.
Susulan laporan tersebut, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuching telah mengaktifkan operasi sejak Khamis.