Home Pasaran Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Bergerak Dalam Julat Terhad Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Bergerak Dalam Julat Terhad Minggu Depan

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Bergerak Dalam Julat Terhad Minggu Depan

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 1 Feb (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangkabergerak dalam julat terhad pada minggu depan, menjejakiprestasi pasaran tunai pendasaryang lebih baik dengan sentimen meningkat.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn BhdThong Pak Lengmenjangkakan FBM KLCI akan bergerak dalam julat 1,550 hingga 1,580 pada minggu depan.

“Kami menjangkakan aktiviti pemburuan saham pada harga rendahmungkin berlaku pada minggu depansusulan dagangan yang rendah pada minggubaru berakhir berikutanmusim perayaan,” katanya kepada Livevartha.

Bagi minggu yang baru berakhir, kontrak Januari 2025 naik 1.5 mata kepada 1,561.0manakala Februari 2025 turun 4.5 mata kepada 1,557.0, Mac 2025 berkurangan 5.0 mata kepada 1,539.5 dan Jun 2025 merosot 3.0 mata kepada 1,552.0.

Jumlah daganganmeningkat kepada 108,467 lot daripada 72,443 lot minggu sebelumnyamanakala kepentinganterbuka menyusut kepada 47,219 kontrak berbanding 70,293 kontrak sebelumnya.

Berdasarkan Jumaat ke Jumaat,indeks utama turun 16.81 mata kepada 1,556.92 daripada1,573.73 minggu sebelumnya.

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Bergerak Dalam Julat Terhad Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM...

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat
Pasaran

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) — Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Pengeluaran Dibimbangi Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Pengeluaran Dibimbangi Meningkat

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 30 Jun (Livevartha) — Kontrak niaga...

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, ASEAN
Pasaran

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, ASEAN

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 30 Jun(Livevartha) — Ringgit ditutup...