Home Pasaran Niaga Hadapan Emas Di Bursa Malaysia Derivatives Dijangka Naik Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Di Bursa Malaysia Derivatives Dijangka Naik Minggu Depan

Niaga Hadapan Emas Di Bursa Malaysia Derivatives Dijangka Naik Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 1 Feb(Livevartha) –Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengekalkan kecenderungan menaik minggu depan, bergerakdalam julat US$2,775 hingga US$2,825 dandipacuoleh permintaan fizikal yang kukuh di Asia sertaminat spekulatif daripada pasaran Barat.

RakanPengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata dalam pasaran emasyang biasanya mengukuh semasa tempoh ketidaktentuan dan kebimbangan, kini disokong oleh ekonomi yang dinamik di Asia.

"Walaupun harga belum melepasi paras US$2,800, ini bolehmenjadi formaliti semata-matajika retorik tarif bekas Presiden Amerika SyarikatDonald Trumpditerjemahkan kepada tindakan konkrit," katanya kepada Livevartha.

Berdasarkan asas Jumaat ke Jumaat, kontrak bulan semertaJanuari 2025 ditutup lebih tinggi kepada US$2,791.50 setiap auns troy, meningkat daripada US$2,777.0 setiap auns troydan kontrak Februari 2025 merosot kepada US$2,754.10 setiap auns troy daripada US$2,785.90 setiap auns troy, minggu sebelumnya.

Kontrak Mac, April dan Jun 2025 semuanya ditutuplebih rendah kepada US$2,762.60 setiap auns troy daripada US$2,794.80 setiap auns troy auns minggu lepas.

Jumlah dagangan turunkepada tiada lot daripada 60 lot minggu sebelumnyamanakala kepentinganterbuka berkurangkepada 25 kontrak daripada 85 kontrak.

Mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada30 Jan, 2025, harga emas fizikalberadapada US$2,787.25 setiap auns troy.

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya

KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) –Ringgit dibukalebih tinggiberbanding dolar...

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM...

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat
Pasaran

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) — Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari...