Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Dijangka Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Rendah Minggu Depan

Niaga Hadapan MSM Dijangka Rendah Minggu Depan

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 1 Feb(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka rendah minggu depan dalam persekitaran prestasieksportyangkurang memberangsangkan,katapeniaga minyak sawit David Ng.

Beliau berkata dagangan itu menyaksikan permintaan lemah untuk eksport MSM terutamanya dari India, kebanyakannyadisebabkan untuk mengurangkandaya saing hargaMSMberbanding dengan minyak sayuran.

“Kami menjangkakan harga akan didagangkan antara RM4,100 dan RM4,300 minggu depan,” katanya kepada Livevartha.

Sementara itu, peniaga minyak sawit kanan Interband Group of CompaniesJim Teh berkata kontrak niaga hadapan MSM dijangka mengalami dagangan lengangtetapi dengan berhati-hati minggu depan kerana ketiadaan peniagaminyak sawittempatandan antarabangsa kerana cuti Tahun Baharu Cina.

Beliau berkata harga akan diniagakan antara RM3,700 dan RM3,900 dengan permintaan datang dari India, Pakistan, Timur Tengah, Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat.

Minggu ini, pasaran MSM ditutup pada 29dan 30Januarisempena cuti umum Tahun Baharu Cina.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, kontrak bulan semerta Februari 2025 meningkatRM64 kepadaRM4,552 satu tan, Mac2025 melonjakRM54 kepadaRM4,350 setan danApril 2025 menokok RM73 kepadaRM4,216 satu tan.

Mei2025 danJunnaikRM88 masing-masing kepada RM4,198 and RM4,140 setan manakala Julai 2025 menambah RM76 kepadaRM4,101 satu tan.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Stok Meningkat Jejaskan Pasaran
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Stok Meningkat Jejaskan Pasaran

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 10 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...