Home Nasional RM329.5 bilion jumlah pelaburan diluluskan MITI tahun lepas
Nasional

RM329.5 bilion jumlah pelaburan diluluskan MITI tahun lepas

RM329.5 bilion jumlah pelaburan diluluskan MITI tahun lepas

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Thong

KUALA LUMPUR, 23 Julai – Sebanyak RM329.5 bilion jumlah pelaburan telah diluluskan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industi (MITI) sepanjang tahun lalu.

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Thong berkata ia meliputi lebih 5,000 projek yang dijangka menjana 127,332 peluang pekerjaan baharu.

\”Daripada jumlah tersebut, pelaburan langsung asing (FDI) merangkumi 57.2 peratus dan selebihnya adalah pelaburan domestik (DDI). FDI dan DDI saling melengkapi.

\”Permintaan domestik yang kukuh menghasilkan lebih banyak DDI yang seterusnya akan menarik lebih banyak FDI,\” katanya pada persidangan Dewan Negara, di sini.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Tan Sri Datuk Low Kian Chuan mengenai usaha yang telah diambil untuk memastikan Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) tempatan mendapat manfaat daripada FDI.

Tambah Liew, peningkatan FDI akan memberi peluang perniagaan kepada syarikat-syarikat tempatan terutama PMKS.

Related Articles

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%
Nasional

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%

Menteri Kewangan II, Datuk Amir Hamzah AzizanKUALA LUMPUR, 13 Mac- Jumlah penerima...

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial
Nasional

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching / Foto BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac...

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang
Nasional

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang

FOTO RTMBATU MAUNG, 13 Mac- Pelajar sekolah daripada keluarga B40 di Pulau...

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini
Nasional

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma)...