Home Nasional Projek naik taraf Dataran Lang Langkawi dijangka siap Oktober ini
Nasional

Projek naik taraf Dataran Lang Langkawi dijangka siap Oktober ini

Projek naik taraf Dataran Lang Langkawi dijangka siap Oktober ini

Kerja-kerja naik taraf Dataran Lang sedang giat dijalankan

LANGKAWI, 23 Julai- Projek Naiktaraf Dataran Lang di Langkawi yang bermula pada April lalu dijangka siap sepenuhnya pada Oktober ini.

Kerja-kerja naiktaraf melibatkan cat semula patung Helang dan kemudahan di kawasan sekitar.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Negeri Kedah, Datuk Mohd Salleh Saidin berkata Mercu tanda Langkawi setinggi 12 meter yang dibina pada tahun 1996 ini merupakan kawasan tumpuan dan lokasi ‘wajib’ untuk bergambar kenangan buat para pelancong yang berkunjung ke pulau peranginan itu.

Kedudukan patung helang gergasi ini terletak bersebelahan dengan pelantar jeti Kuah, dengan sayap berkepak sedia untuk menyusur keudara menjadikannya satu pemandangan yang mengkagumkan bagi para pelancong sedia untuk mendarat di Langkawi.

“Paling minimum 10 tahun sekali helang ni akan dicat, sempena Tahun Melawat Kedah 2025 dan juga Tahun Melawat Malaysia 2026, burung helang ini dan keseluruhan Dataran Lang dicat dan dibaik pulih untuk menyambut pelancong nanti Insya-Allah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau kerja-kerja naiktaraf Dataran Lang di Pekan Kuah, Langkawi.

Katanya, selain Dataran Lang, Maha Tower, menara tertinggi di Langkawi dengan ketinggian mencecah 138 meter memberi peluang kepada pengunjung melihat matahari terbenam dan lembayung senja yang mempesona.

Pengunjung juga berpeluang berjalan di udara dengan pemandangan lantai kaca yang menakjubkan di Sky Deck dengan pemandangan Laut Andaman 360 darjah dari Sky Lounge dan ia pasti menjanjikan pengalaman baru buat pengunjung yang hadir ke Maha Tower, Pulau Langkawi.

Related Articles

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%
Nasional

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%

Menteri Kewangan II, Datuk Amir Hamzah AzizanKUALA LUMPUR, 13 Mac- Jumlah penerima...

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial
Nasional

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching / Foto BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac...

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang
Nasional

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang

FOTO RTMBATU MAUNG, 13 Mac- Pelajar sekolah daripada keluarga B40 di Pulau...

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini
Nasional

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma)...