Home Nasional PATI terjun bangunan elak ditangkap
Nasional

PATI terjun bangunan elak ditangkap

PATI terjun bangunan elak ditangkap

Antara PATI yang ditahan JIM KL menerusi Op Sapu KL Strike Force

KUALA LUMPUR, 24 Januari– Seramai 38 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur menerusi Op Sapu KL Strike Force di sebuah petempatan sekitar Kampung Baru, awal pagi tadi.

Menurut Pengarah JIM Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff, operasi itu dijalankan hasil risikan selama dua minggu berdasarkan aduan penduduk setempat.

Beliau berkata, operasi itu melibatkan 35 Pegawai Imigresen bermula kira-kira pukul 2.30 pagi.Ketika serbuan dijalankan terdapat PATI nekad bertindak terjun dari bangunan bagi meloloskan diri daripada ditahan pihak berkuasa.

Seramai 24 lelaki dan 14 wanita terdiri daripada warga Indonesia dan Thailand ditahan atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 iaitu tinggal lebih masa dan tiada dokumen perjalanan yang sah.

Kesemua yang ditahan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut.

Related Articles

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%
Nasional

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%

Menteri Kewangan II, Datuk Amir Hamzah AzizanKUALA LUMPUR, 13 Mac- Jumlah penerima...

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial
Nasional

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching / Foto BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac...

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang
Nasional

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang

FOTO RTMBATU MAUNG, 13 Mac- Pelajar sekolah daripada keluarga B40 di Pulau...

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini
Nasional

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma)...