Home Nasional Kursus Kejururawatan peringkat Diploma, pembekuan penawaran ditamatkan 1 Ogos ini
Nasional

Kursus Kejururawatan peringkat Diploma, pembekuan penawaran ditamatkan 1 Ogos ini

Kursus Kejururawatan peringkat Diploma, pembekuan penawaran ditamatkan 1 Ogos ini

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud

KUALA LUMPUR, 23 Julai – Moratorium atau pembekuan penawaran kursus pengajian baharu kejururawatan peringkat Diploma di Institusi Pengajian Tiggi Swasta (IPTS) sejak 2010 akan ditamatkan, 1 Ogos ini.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud berkata situasi itu disebabkan beberapa faktor antaranya penurunan jumlah IPTS yang menamatkan kursus berkenaan bagi peringkat Diploma.

\”Negara bakal mengalami kekurangan jururawat berdaftar bagi keperluan penjagaan kesihatan dan keperluan populasi pada tahun 2030 sekiranya trend pengambilan pelajar Diploma Kejururawatan di IPTS dan bilangan pendaftaran jururawat berdaftar kekal menunjukkan penurunan,\” katanya pada persidangan Dewan Negara, di sini.

Tambah Mustapha, penamatan itu diputuskan jemaah menteri awal bulan ini susulan beberapa siri perbincangan dilaksana Kementerian Pendidikan Tinggi (KPM) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Perincian mengenainya akan dimaklumkan kepada semua IPTS dalam masa terdekat.

Related Articles

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%
Nasional

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%

Menteri Kewangan II, Datuk Amir Hamzah AzizanKUALA LUMPUR, 13 Mac- Jumlah penerima...

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial
Nasional

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching / Foto BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac...

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang
Nasional

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang

FOTO RTMBATU MAUNG, 13 Mac- Pelajar sekolah daripada keluarga B40 di Pulau...

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini
Nasional

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma)...