Home Nasional KKM perkenal dasar, program pencegahan kesihatan paru-paru
Nasional

KKM perkenal dasar, program pencegahan kesihatan paru-paru

KKM perkenal dasar, program pencegahan kesihatan paru-paru

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad

KUALA LUMPUR, 17 Januari – Kementerian Kesihatan (KKM) dengan kerjasama Persatuan Kesihatan dan Keselamatan Industri Malaysia (MiSHA) akan memulakan agenda kesihatan khusus bagi sektor pekerjaan melalui Inisiatif Kesihatan Paru-Paru Kebangsaan pada tahun ini.

Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata inisiatif itu merupakan langkah penting dalam menangani risiko penyakit berkaitan paru-paru yang berkait rapat dengan tempat kerja.

“Melalui kerjasama ini, KKM dan MiSHA akan menggembleng tenaga untuk memperkenalkan dasar dan program pencegahan lebih menyeluruh termasuk penyediaan garis panduan kesihatan paru-paru, kempen kesedaran dan pemeriksaan kesihatan berkala untuk pekerja yang terdedah bahan berbahaya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Majlis Anugerah Kecemerlangan Nasional bagi Prinsip Pencegahan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHPoP) MiSHA 2024 di sini malam ini.

Dzulkefly berkata pekerja dalam sektor pembuatan, pembinaan dan industri berat antara yang sering terdedah kepada bahan berbahaya seperti habuk, bahan kimia dan pencemaran udara.

“Risiko ini boleh mengakibatkan penyakit seperti paru-paru kronik, asma pekerjaan atau silikosis sekiranya tidak diuruskan dengan baik,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata sebagai badan yang mewakili suara industri, MiSHA memainkan peranan penting dalam menyampaikan keperluan dan cabaran sektor pekerjaan kepada pihak kementerian.

Beliau berkata kerjasama itu diharap dapat menjadi platform untuk menyelaraskan usaha dalam memperbaiki kesejahteraan pekerja dan mencegah risiko kesihatan di tempat kerja. – BERNAMA

Related Articles

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%
Nasional

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%

Menteri Kewangan II, Datuk Amir Hamzah AzizanKUALA LUMPUR, 13 Mac- Jumlah penerima...

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial
Nasional

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching / Foto BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac...

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang
Nasional

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang

FOTO RTMBATU MAUNG, 13 Mac- Pelajar sekolah daripada keluarga B40 di Pulau...

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini
Nasional

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma)...