Saturday , 1 February 2025
Home Nasional Banjir di Sarawak memburuk, penduduk terjejas meningkat kepada 12,486 orang
Nasional

Banjir di Sarawak memburuk, penduduk terjejas meningkat kepada 12,486 orang

Banjir di Sarawak memburuk, penduduk terjejas meningkat kepada 12,486 orang

Keadaan banjir di Sarawak

KUCHING, 1 Februari- Keadaan banjir di Sarawak semakin memburuk dengan jumlah penduduk terjejas yang dipindahkan kini mencecah 12,486 orang, iaitu meningkat sebanyak 1,458 berbanding pukul 8.00 malam tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, setakat pukul 8.00 pagi, sebanyak 62 pusat pemindahan sementara (PPS) masih aktif di seluruh negeri itu melibatkan 3,648 ketua isi rumah.

Di Bahagian Mukah, dua PPS baharu dibuka.

Bahagian Bintulu mencatatkan jumlah penduduk terjejas tertinggi dengan 2,043 orang ditempatkan di PPS Naim Paragon.

Sementara itu, di Serian, PPS Sekolh Kebangsaan (SK) Tanah Putih kini menempatkan 465 penduduk terjejas, manakala di Samarahan, PPS SK Sampun Tebun mencatatkan 313 penduduk yang dipindahkan.

Jumlah daerah yang terjejas akibat banjir kekal 17, melibatkan enam bahagian di negeri itu.

Related Articles

Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir simpati kepada penduduk terjejas banjir di Sarawak & Sabah
Nasional

Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir simpati kepada penduduk terjejas banjir di Sarawak & Sabah

FOTO FB Kesultanan PahangKUCHING, 1 Februari- Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa...

Malaysia bukan 'penonton' tatkala kezaliman bermaharajalela di Palestin
Nasional

Malaysia bukan 'penonton' tatkala kezaliman bermaharajalela di Palestin

Penduduk Palestin berjalan di sepanjang jalan Salah al-Din di Nuseirat menuju ke...

Vesel nelayan hilang di perairan Bintulu, operasi CARILAMAT diteruskan
Nasional

Vesel nelayan hilang di perairan Bintulu, operasi CARILAMAT diteruskan

Foto Maritim Bintulu BINTULU, 1 Februari- Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) hari...

Nasional

Perintah gaji minimum RM1,700 berkuat kuasa hari ini

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 1 Februari- Seramai 4.37 juta pekerja akan menerima gaji...