Saturday , 11 January 2025
Home Ekonomi Bilangan penganggur berkurangan pada November 2024 – DOSM
Ekonomi

Bilangan penganggur berkurangan pada November 2024 – DOSM

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 10 Januari– Bilangan penganggur berkurangan kepada 546,700 orang pada November 2024.

Ini sekali gus menjadikan kadar pengangguran pada bulan berkenaan, kekal pada 3.2 peratus.

Menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin, prestasi ekonomi Malaysia terus kukuh menjelang penghujung tahun lalu seterusnya menyumbang kepada kedudukan pasaran buruh negara yang semakin stabil.

Bilangan tenaga buruh pada November 2024 terus mengukuh, naik 0.1 peratus kepada 17.29 juta orang.

Kadar penyertaan tenaga buruh tidak berubah, kekal pada 70.5 peratus seperti direkodkan bulan sebelumnya.

Prestasi tenaga buruh negara dilihat terus berada dalam kedudukan kukuh pada bulan-bulan berikutnya, susulan ekonomi negara kekal berdaya tahan dengan pertumbuhan stabil.

Related Articles

BCorp, KMMSG sedia bantuan makanan
Ekonomi

BCorp, KMMSG sedia bantuan makanan

VINCENT Tan (kanan) melancarkan inisiatif yang bertujuan menyediakan makanan kepada masyarakat yang...

Rebat hingga RM4,000 untuk Proton e.Mas 7
Ekonomi

Rebat hingga RM4,000 untuk Proton e.Mas 7

PROTON e.Mas 7PETALING JAYA: Pro-Net, anak syarikat kepada pengeluar automotif nasional Proton...

EMKAY, Global Net Travel bina resort terapung RM20j
Ekonomi

EMKAY, Global Net Travel bina resort terapung RM20j

FAZWINNA Mustapha Kamal (dua dari kiri) dan Ken Chong (tengah) bergambar selepas...

Sime Darby Property peroleh 2 gudang moden logistik bernilai RM232 juta 
Ekonomi

Sime Darby Property peroleh 2 gudang moden logistik bernilai RM232 juta 

PENGAMBILALIHAN ini menyatukan pemilikan Sime Darby Property terhadap aset-aset yang terletak di...