Home Nasional JIM nafi warga China masuk tidak jalani prosedur pemeriksaan
Nasional

JIM nafi warga China masuk tidak jalani prosedur pemeriksaan

JIM nafi warga China masuk tidak jalani prosedur pemeriksaan

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 11 Januari – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menafikan kemasukan secara besar-besaran pelancong warga China yang tular di media sosial serta tidak menjalani prosedur pemeriksaan imigresen, baru-baru ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Zakaria Shaaban menegaskan kedua-dua dakwaan itu adalah tidak berasas dan boleh menjejaskan imej serta kredibiliti jabatan.

Jelas beliau, peningkatan kemasukan warga China adalah impak positif hasil dasar kerajaan mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama melalui pelaksanaan Pelan Liberalisasi Visa (PLV).

\”Kadar kemasukan warga China selepas pelaksanaan PLV mengalami peningkatan sebanyak 3.9 juta pada tahun lepas, berbanding 1.6 juta pada 2023.

\”Ini sekali gus menunjukkan peningkatan hampir 140 peratus selepas pelaksanaan PLV,\” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Tambah beliau, dengan pelaksanaan kemudahan Autogate di KLIA Terminal 1 dan Terminal 2 tidak menjejaskan aspek keselamatan.

\”Kementerian Dalam Negeri (KDN) membenarkan warga asing dari 63 negara menggunakan kemudahan autogate di KLIA Terminal 1 dan Terminal 2 termasuk warga China.

\”Ini kerana data pasport dan maklumat kemasukan akan melalui padanan data biometrik serta pengesahan wajah yang disimpan dalam cip pasport.

\”Pelawat yang menggunakan autogate perlu memenuhi syarat seperti bebas daripada senarai syak dan senarai hitam serta telah mengisi Malaysia Digital Arrival Card (MDAC), kecuali warga Singapura yang dikecualikan daripada keperluan ini,\” katanya.

Katanya, JIM menyokong dasar kerajaan mempermudah kemasukan warganegara asing ke negara ini terutama pelawat sosial yang mampu menjana ekonomi negara.

Tegas beliau, JIM sentiasa komited memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan pengembara asing yang memasuki Malaysia tanpa kompromi terhadap isu keselamatan.

Related Articles

Banjir: Satu lagi PPS dibuka di Tatau, malam tadi
Nasional

Banjir: Satu lagi PPS dibuka di Tatau, malam tadi

Banjir di SarawakKUCHING, 24 Januari– Sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka...

PATI terjun bangunan elak ditangkap
Nasional

PATI terjun bangunan elak ditangkap

Antara PATI yang ditahan JIM KL menerusi Op Sapu KL Strike ForceKUALA...

Malaysia di landasan tepat, transisi menuju AI, semikonduktor, ekonomi digital
Nasional

Malaysia di landasan tepat, transisi menuju AI, semikonduktor, ekonomi digital

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/ Foto Facebook Datuk Seri Anwar IbrahimDAVOS,...

TBC: PETRONAS Carigali agih pek makanan di Bintulu dan Miri
Nasional

TBC: PETRONAS Carigali agih pek makanan di Bintulu dan Miri

Program CSR “Uplifting Lives: Chinese New Year” anjuran PETRONAS Carigali Sdn Bhd...