Home Ekonomi Sime Darby Property peroleh 2 gudang moden logistik bernilai RM232 juta 
Ekonomi

Sime Darby Property peroleh 2 gudang moden logistik bernilai RM232 juta 

Sime Darby Property peroleh 2 gudang moden logistik bernilai RM232 juta 

PENGAMBILALIHAN ini menyatukan pemilikan Sime Darby Property terhadap aset-aset yang terletak di lokasi strategik dan berkualiti tinggi.

PETALING JAYA: Sime Darby Property Berhad (Sime Darby Property) memperoleh dua gudang logistik moden dua tingkat di Bandar Bukit Raja, Selangor dengan pembelian bernilai RM232 juta. 

Aset-aset ini sebelum ini dimiliki oleh Sime Darby Property MIT Development Sdn. Bhd. (SDPMIT), sebuah usaha sama 50:50 antara Sime Darby Property dan usaha sama Jepun yang terdiri daripada MBK Real Estate Asia Pte. Ltd. dan sebuah anak syarikat Mitsubishi Estate Co., Ltd. 

Pengambilalihan ini menyatukan pemilikan Sime Darby Property terhadap aset-aset yang terletak di lokasi strategik dan berkualiti tinggi.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Property, Datuk Seri Azmir Merican berkata, pengambilalihan itu sejajar dengan strategi SHIFT25 kumpulan yang bertujuan untuk mentransformasikan Sime Darby Property menjadi syarikat hartanah yang pelbagai. 

“Dengan memperoleh pemilikan penuh terhadap aset logistik moden ini, kami mengukuhkan portfolio hartanah industri kami, mendorong pertumbuhan pendapatan yang mampan dan memperkukuhkan kedudukan kumpulan dalam sektor industri dan logistik yang berkembang pesat.

“Ini sekali gus meletakkan kumpulan untuk merebut peluang pertumbuhan baharu dan mencapai kestabilan kewangan yang lebih baik dalam landskap pasaran yang sedang berkembang,” katanya dalam kenyataan. 

Gudang terletak di Zon Industri Bandar Bukit Raja, Klang yang sedang berkembang pesat itu berkeluasan bersih yang boleh disewa sekitar 700,000 kaki persegi menawarkan kemudahan penghubung dan kelebihan dari segi jarak dekat dengan laluan pengangkutan utama dan pusat perniagaan utama. 

Kedua-dua gudang direka untuk memenuhi pelbagai keperluan logistik dan pergudangan, dengan spesifikasi moden seperti ketinggian siling yang tinggi, susun atur yang cekap dan beberapa dok pemuatan.

Lokasi strategik dan infrastruktur moden gudang-gudang ini memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk ruang industri berkualiti tinggi. 

Ini didorong oleh perkembangan e-dagang, peningkatan kerumitan rantaian bekalan dan perniagaan yang mencari kemudahan yang menyokong kecekapan operasi kumpulan.-UTUSAN

Related Articles

OPR kekal beri gambaran dasar monetari stabil
Ekonomi

OPR kekal beri gambaran dasar monetari stabil

GAMBAR Hiasan PETALING JAYA: Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar...

Ekonomi

Kerajaan komited perkasa pertumbuhan industri menerusi RMK13

Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 23 Januari – Kerajaan komited...

Ekonomi

Pasaran niaga hadapan emas lengang susulan kebimbangan dasar tarif AS reda

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 23 Januari- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia...

Ekonomi

Niaga hadapan msm ditutup rendah kebanyakannya berikutan pengambilan untung

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 23 Januari- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM)...