Home Nasional Banjir: Johor meningkat, Perak kekal pagi ini
Nasional

Banjir: Johor meningkat, Perak kekal pagi ini

Banjir: Johor meningkat, Perak kekal pagi ini

FOTO APM KOTA TINGGI

KUALA LUMPUR, 11 Januari- Seramai 953 penduduk terjejas banjir dicatatkan bagi negeri Johor dan Perak di 14 buah pusat pemindahan sementara (PPS), setakat pukul 9.00 pagi ini.

Menerusi portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Johor merekodkan peningkatan penduduk terjejas banjir di daerah Kota Tinggi iaitu 930 orang daripada 322 keluarga pagi ini berbanding 659 orang (243 keluarga) malam tadi.

Paling ramai ditempatkan di Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) iaitu 175 orang diikuti Sekolah Kebangsaan (SK) Laksamana (173), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) New Kota (145), SK Bandar Penawar (131) dan SK Teluk Ramunia (74).

Selain itu, Dewan Raya Kampung Makam menempatkan 56 orang, Dewan Serbaguna Kota Kechil (52), Dewan AL-Barokah Kg Tersusun Sri Delima (52) dan Dewan Kampung Baru Sungai Mas (33).

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gembut turut menempatkan 26 orang, SK Sedili Kecil (sembilan) dan SK Datuk Usman Awang (empat) manakala Balairaya Kg Perpat masih tidak menempatkan penduduk namun dibuka sebagai langkah berjaga-jaga.

Di Perak pula kekal 27 orang daripada tujuh keluarga di daerah Manjung yang ditempatkan di Sekolah Rendah Agama Rakyat Padang Serai setakat pukul 1.00 pagi tadi, menurut Info Bencana JKM.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur sehingga 12.00 tengah hari ini.

Menurut kenyataan METMalaysia, kawasan di Selangor yang terlibat termasuk Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

Amaran tersebut dikeluarkan pada 8.10 pagi susulan tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi satu jam.

Related Articles

Banjir: Satu lagi PPS dibuka di Tatau, malam tadi
Nasional

Banjir: Satu lagi PPS dibuka di Tatau, malam tadi

Banjir di SarawakKUCHING, 24 Januari– Sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka...

PATI terjun bangunan elak ditangkap
Nasional

PATI terjun bangunan elak ditangkap

Antara PATI yang ditahan JIM KL menerusi Op Sapu KL Strike ForceKUALA...

Malaysia di landasan tepat, transisi menuju AI, semikonduktor, ekonomi digital
Nasional

Malaysia di landasan tepat, transisi menuju AI, semikonduktor, ekonomi digital

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/ Foto Facebook Datuk Seri Anwar IbrahimDAVOS,...

TBC: PETRONAS Carigali agih pek makanan di Bintulu dan Miri
Nasional

TBC: PETRONAS Carigali agih pek makanan di Bintulu dan Miri

Program CSR “Uplifting Lives: Chinese New Year” anjuran PETRONAS Carigali Sdn Bhd...