Home Nasional Banjir: Sarawak meningkat sedikit, Sabah kekal pagi ini
Nasional

Banjir: Sarawak meningkat sedikit, Sabah kekal pagi ini

Banjir: Sarawak meningkat sedikit, Sabah kekal pagi ini

Situasi banjir di Sarawak/RTM

KUALA LUMPUR, 3 Februari- Sarawak merekodkan sedikit peningkatan penduduk terjejas banjir pagi ini iaitu 10,238 orang berbanding 10,256 tengah malam tadi, manakala Sabah kekal dengan 196 orang.

Portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan 3,006 keluarga di Sarawak itu masih berlindung di 48 pusat pemindahan sementara (PPS) di 15 daerah, setakat 6.00 pagi ini.

Ia membabitkan daerah Bintulu (4,013) di enam PPS, Serian (1,744) di sembilan PPS, Selangau (1,037) di empat PPS, Subis (758) di tiga PPS, Tatau (712) di satu PPS dan Miri (545) di sembilan PPS.

Daerah Sebuyau (534) di empat PPS, Sebauh (176) di satu PPS, Samarahan (144) di satu PPS, Mukah (139) di dua PPS, Kanowit (107) di satu PPS, Beluru (88) di satu PPS, Gedung (65) di satu PPS, Sibu (tiga) di satu PPS dan Dalat (tiga) di satu PPS.

Sabah pula melibatkan 55 keluarga di tiga daerah yang ditempatkan di dua PPS pagi ini. Daerah berkenaan ialah Tongod (155) di dua PPS, manakala Kinabatangan (41) di satu PPS.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan beberapa kawasan di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang dijangka berterusan sehingga 10.00 pagi ini.

METMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 6.10 pagi memaklumkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal berlaku di beberapa kawasan di Sarawak, termasuk Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong (Pusa dan Betong), Sarikei (Pakan, Julau dan Meradong), Sibu, Kapit (Song dan Belaga) serta Bintulu (Sebauh).

Di Sabah, kawasan terlibat ialah Pedalaman (Kuala Penyu), manakala Wilayah Persekutuan Labuan turut dijangka mengalami keadaan cuaca sama.

Menurut METMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi satu jam.

Related Articles

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%
Nasional

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%

Menteri Kewangan II, Datuk Amir Hamzah AzizanKUALA LUMPUR, 13 Mac- Jumlah penerima...

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial
Nasional

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching / Foto BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac...

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang
Nasional

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang

FOTO RTMBATU MAUNG, 13 Mac- Pelajar sekolah daripada keluarga B40 di Pulau...

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini
Nasional

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma)...