Saturday , 1 February 2025
Home Nasional Weststar Aviation, Timor GAP meterai perjanjian perkukuh kerjasama dua hala
Nasional

Weststar Aviation, Timor GAP meterai perjanjian perkukuh kerjasama dua hala

Weststar Aviation, Timor GAP meterai perjanjian perkukuh kerjasama dua hala

Foto Facebook Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz

DILI, 1 Februari- Pemeterian perjanjian antara antara syarikat Malaysia, Weststar Aviation dan syarikat minyak Timor Leste Petroleo (Timor GAP) merupakan satu pencapaian penting ke arah memperkukuh hubungan dua hala Malaysia – Timor Leste.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, beliau optimis kerjasama itu akan diperluas ke arah memperkasa kedudukan ekonomi serantau.

\”Kita menyaksikan syarikat Malaysia dan Timor Leste boleh bekerjasama menerusi jalinan kerjasama Timor GAP dan Weststar dalam satu pelaburan besar dalam usaha menyokong sektor penerbangan di Timor Leste.

\”Kami yakin dan optimis ini adalah permulaan kepada usaha sama dalam bidang pelaburan dan perdagangan antara Timor Leste dan Malaysia,\” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Timor-Leste,Kay Rala Xanana Gusmão di Pejabat Perdana Menteri bertempat di sini.

Related Articles

Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir simpati kepada penduduk terjejas banjir di Sarawak & Sabah
Nasional

Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir simpati kepada penduduk terjejas banjir di Sarawak & Sabah

FOTO FB Kesultanan PahangKUCHING, 1 Februari- Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa...

Malaysia bukan 'penonton' tatkala kezaliman bermaharajalela di Palestin
Nasional

Malaysia bukan 'penonton' tatkala kezaliman bermaharajalela di Palestin

Penduduk Palestin berjalan di sepanjang jalan Salah al-Din di Nuseirat menuju ke...

Vesel nelayan hilang di perairan Bintulu, operasi CARILAMAT diteruskan
Nasional

Vesel nelayan hilang di perairan Bintulu, operasi CARILAMAT diteruskan

Foto Maritim Bintulu BINTULU, 1 Februari- Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) hari...

Nasional

Perintah gaji minimum RM1,700 berkuat kuasa hari ini

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 1 Februari- Seramai 4.37 juta pekerja akan menerima gaji...