Saturday , 11 January 2025
Home Nasional Sandwich diragui tak halal? UM tutup dua kedai serbaneka
Nasional

Sandwich diragui tak halal? UM tutup dua kedai serbaneka

Sandwich diragui tak halal? UM tutup dua kedai serbaneka

Sekadar gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 11 Januari – Universiti Malaya (UM) mengambil tindakan drastik dengan menutup serta-merta dua premis kedai serbaneka 24 jam di kampus itu susulan dakwaan penemuan produk pek sandwich diragui status halal.

UM menerusi kenyataan berkata, ini kerana penemuan produk sandwich dengan label “sandwich ham & cheese”.

\”Arahan penutupan tersebut dikeluarkan bagi memberi ruang agar siasatan dilaksanakan untuk mengesahkan dakwaan tersebut tidak terganggu.

\”Penutupan premis ini akan kekal sehingga siasatan selesai dan tarikh pembukaan semula akan dimaklumkan kemudian.\”

UM menegaskan komitmennya untuk memastikan semua produk yang dijual dalam kawasan kampus mematuhi undang-undang serta piawaian halal yang ditetapkan.

Related Articles

PM Anwar bakal rasmi majlis pecah tanah pembinaan LRT laluan Mutiara Pulau Pinang
Nasional

PM Anwar bakal rasmi majlis pecah tanah pembinaan LRT laluan Mutiara Pulau Pinang

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.GEORGE TOWN, 11 Januari – Pulau Pinang...

JIM nafi warga China masuk tidak jalani prosedur pemeriksaan
Nasional

JIM nafi warga China masuk tidak jalani prosedur pemeriksaan

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 11 Januari – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menafikan kemasukan...

Banjir: Johor meningkat, Perak kekal pagi ini
Nasional

Banjir: Johor meningkat, Perak kekal pagi ini

FOTO APM KOTA TINGGIKUALA LUMPUR, 11 Januari- Seramai 953 penduduk terjejas banjir...

851 penduduk terjejas banjir di Kota Tinggi pagi ini
Nasional

851 penduduk terjejas banjir di Kota Tinggi pagi ini

FOTO APM KOTA TINGGIKOTA TINGGI, 11 Januari- Seramai 851 penduduk terjejas akibat...