Home Nasional 851 penduduk terjejas banjir di Kota Tinggi pagi ini
Nasional

851 penduduk terjejas banjir di Kota Tinggi pagi ini

851 penduduk terjejas banjir di Kota Tinggi pagi ini

FOTO APM KOTA TINGGI

KOTA TINGGI, 11 Januari- Seramai 851 penduduk terjejas akibat banjir dicatatkan di daerah sini dekat Johor setakat pukul 4.00 pagi tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan bahawa jumlah tersebut melibatkan 302 keluarga yang kini ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS).

Angka itu menunjukkan peningkatan berbanding 658 penduduk terjejas direkodkan pada 12.00 tengah malam tadi.

Antara PPS beroperasi termasuk Dewan Kampung Baru Sungai Mas yang menempatkan 33 orang, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) New Kota dengan 145 orang dan Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) menempatkan 175 orang.

Selain itu, Sekolah Kebangsaan (SK) Laksamana menempatkan 137 orang, SK Bandar Penawar Satu seramai 130 orang dan Dewan Raya Kampung Makam pula menempatkan 56 orang.

Dewan Serbaguna Kota Kechil turut menempatkan 24 orang, SK Teluk Ramunia 63 orang, SK Sedili Kecil 17 orang, Dewan Albarakah Seri Delima 14 orang manakala SK Gembut hanya menempatkan tiga orang.

Peningkatan paras air berlaku akibat hujan lebat berterusan selama lebih dua jam sejak semalam yang menjejaskan kawasan seperti Taman Aman, Taman Mawai, Kampung Makam dan beberapa lokasi lain.

Terdahulu Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan sangat lebat di paras bahaya bagi beberapa daerah di Johor.

Related Articles

PM seru diaspora Malaysia hargai kemajuan teknologi dan kepakaran negara
Nasional

PM seru diaspora Malaysia hargai kemajuan teknologi dan kepakaran negara

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama para jemputan pada...

Pasar Payang ketengahkan makanan tradisional Terengganu sempena cuti sekolah
Nasional

Pasar Payang ketengahkan makanan tradisional Terengganu sempena cuti sekolah

Proses pembuatan keropok keringKUALA TERENGGANU, 18 Januari- Pasar Payang di sini mengetengahkan...

PM adakan lawatan kerja ke Belgium, perkukuh hubungan dua hala
Nasional

PM adakan lawatan kerja ke Belgium, perkukuh hubungan dua hala

Foto Hiasan / ReutersPUTRAJAYA, 18 Januari – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

Malaysia-Jepun gerak kerjasama Asia Timur untuk pembangunan semula Gaza
Nasional

Malaysia-Jepun gerak kerjasama Asia Timur untuk pembangunan semula Gaza

Foto Hiasan / AFPLONDON, 18 Januari – Inisiatif pembangunan semula Gaza dianggarkan...