Home Nasional Zafrul bertemu Xanana Gusmão bincang potensi perdagangan, pelaburan
Nasional

Zafrul bertemu Xanana Gusmão bincang potensi perdagangan, pelaburan

Zafrul bertemu Xanana Gusmão bincang potensi perdagangan, pelaburan

Foto Facebook Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz

DILI, 1 Februari- Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Timor-Leste,Kay Rala Xanana Gusmão di Pejabat Perdana Menteri bertempat di Dili, Timor-Leste.

Pertemuan kira-kira 20 minit itu membincangkan mengenai potensi perdagangan dan pelaburan yang boleh diterokai antara kedua-dua negara.

Ia termasuk membincangkan kerjasama sektor penerbangan dan perdagangan yang baru dimeterai antara syarikat Malaysia, Weststar Aviation dan syarikat minyak Timor Leste Petroleo (Timor GAP) yang dilihat berupaya menyokong sektor penerbangan di negara itu.

Perjanjian tersebut dilihat akan memperkasa bakat tempatan dan pembangunan kemahiran di Timor-Leste melalui program latihan untuk juruterbang, jurutera dan kakitangan operasi.

Seterusnya, menyumbang kepada penciptaan peluang kerjaya di rantau ini.

Pertemuan itu turut dihadiri Pengarah Urusan Kumpulan Weststar-GAP Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim dan Duta Malaysia ke Timor Leste, Datuk Amarjit Singh.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....