Home Pasaran Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu apabila para pelabur masih berhati-hati menjelang keputusan dasar monetari Amerika Syarikat (AS) yang dijangka diumumkan malam ini, kata penganalisis.

Pada 8 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.2360/2565 berbanding dolar AS daripada 4.2390/2475 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkatapara pelabur akan terus berwaspada dan memantau dengan teliti keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan AS (FOMC).

Beliau berkata ketegangan geopolitik yang semakin memuncak di Asia Barat mungkin mempengaruhi FOMC untukmembuat keputusan bagimengurangkan kadar faedah dalampersekitaran ekonomi global yang tidak menentu.

“Nampaknya perbincangan mengenai pengurangan kadar faedah telah dicabar oleh perkembangan terkini di Asia Barat.

“Ini memandangkan risiko kadar inflasi yang lebih tinggi boleh mendorong Rizab Persekutuan AS (Fed) untuk lebih berhati-hati dalam melaksanakan pengurangan Kadar Dana Persekutuan selanjutnya tahun ini,” katanya kepada Livevartha.

Pada pembukaan dagangan, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding beberapa mata wang utama.

Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.9133/9276 daripada 2.9271/9332 ketika ditutup semalam, dan naik berbanding pound British kepada 5.6885/7161 daripada 5.7413/7528.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...