Home Pasaran Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia dibuka sedikit tinggi pada Rabu namun mengalami penurunan selepas itu, menjejaki prestasi lemah semalamanWall Street.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.28 mata kepada 1,510.36 daripada 1,511.64 ketika ditutup semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka 0.25 mata lebih tinggi kepada 1,511.89.

Pasaran secara menyeluruh berada dalam keadaan negatif dengan 138 kaunter rugi mengatasi 106 kaunter untung manakala206 kaunter tidak berubah, 1,956 kaunter tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan mencecah82.81 juta saham bernilai RM37.30 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn BhdThong Pak Leng berkata Wall Street mencatatkan penurunan berikutan semakin pudar harapan terhadap penyelesaian segera ketegangan antara Israel dan Iran.

Purata Perindustrian Dow Jones (DJIA) susut sebanyak 0.7 peratus, S&P 500 turun 0.84 peratus, manakala Nasdaq Composite berkurangan0.91 peratus.

Di Asia, indeks-indeks utama ditutup bercampur-campur apabila para pelabur bimbang terhadap ketegangan geopolitik di Asia Barat.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...