Wednesday , 23 April 2025
Home Nasional Presiden Uzbekistan tiba di Malaysia lawatan rasmi dua hari
Nasional

Presiden Uzbekistan tiba di Malaysia lawatan rasmi dua hari

Presiden Uzbekistan tiba di Malaysia lawatan rasmi dua hari

Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari/Foto BERNAMA

SEPANG 4 Februari – Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketibaan beliau di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 8.30 malam itu diiringi tujuh menteri Kabinet, termasuk Bakhtiyor Saidov, Menteri Luar Negeri dan pegawai-pegawai kanan kerajaan yang lain.

Beliau dan delegasinya turut disambut mesra Speaker Dewan, Tan Sri Dr Johari Abdul dan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul kadir .

Ini merupakan lawatan pertama beliau ke Malaysia sejak dilantik sebagai Presiden Republik Uzbekistan pada Disember 2016 .

Kunjungan delegasi Uzbekistan termasuk pegawai khas dan media merupakan kunjungan balas selepas lawatan kerja Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim mengadakan lawatan rasmi ke Uzbekistan dari 17 hingga 19 Mei tahun lepas.

Majlis sambutan rasmi Shavkat Mirziyoyev dijadualkan berlangsung esok di Bangunan Perdana Putera, Putrajaya bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim .

Kedua rakan sejawatan itu dijangka membincangkan dan meneliti kemajuan hubungan dua hala Malaysia-Uzbekistan, terutamanya dalam perdagangan dan pelaburan, industri Halal, pendidikan, kesalinghubungan dan pelancongan .

Mereka juga akan bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama,termasuk Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.

Selanjutnya, kedua-dua pemimpin akan menyaksikan pertukaran tiga Memorandum Persefahaman (MoU), iaitu MoU Kerjasama dalam bidang Kesihatan, MoU Kerjasama dalam bidang Sains Forensik,dan MoU dalam bidang Budaya, serta empat Pertukaran Nota, iaitu dalam Pengajian Tinggi, Latihan Diplomatik, Halal dan Kastam.

Perdana Menteri juga akan mengadakan mesyuarat makan tengah hari rasmi di Kompleks Seri Perdana bagi meraikan Mirziyoyev.

Kedua-dua pemimpin turut dijangka hadir ke Forum Perniagaan Malaysia-Uzbekistan di Kuala Lumpur yang akan memberi peluang untuk meneroka kerjasama ekonomi dan mengukuhkan lagi hubungan perniagaan antara komuniti perniagaan kedua-dua negara.

Kedua-dua pemimpin juga akan menghadiri majlis makan malam yang dihoskan oleh PETRONAS.

Pada 2024, jumlah perdagangan Malaysia dengan Uzbekistan menurun sedikit sebanyak 13.2 peratus kepada RM369.8 juta (USD80.9 juta) daripada RM426.1 juta (USD94 juta) pada 2023. Imbangan dagangan memihak kepada Malaysia berjumlah RM360.3 juta (USD78.9 juta).

Pada 2024, Uzbekistan kekal sebagai rakan dagang kedua terbesar Malaysia dalam kalangan negara-negara Asia Tengah.

Related Articles

Pemakaian Jalur Gemilang usaha awal didik cinta negara
Nasional

Pemakaian Jalur Gemilang usaha awal didik cinta negara

Dr. Muhammad Shamshinor Abdul AzzisKUALA LUMPUR, 23 April- Langkah mewajibkan pelajar untuk...

Turkiye minat jadi Rakan Dialog Sidang Kemuncak ASEAN 2025
Nasional

Turkiye minat jadi Rakan Dialog Sidang Kemuncak ASEAN 2025

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Tenaga dan Sumber...

KENDANA, WAJA jalin kerjasama tingkatkan standard penjagaan warga emas
Nasional

KENDANA, WAJA jalin kerjasama tingkatkan standard penjagaan warga emas

Ketua Pegawai Eksekutif KENDANA, Rashidi Yahaya (dua dari kiri) dan Presiden WAJA,...

Beberapa daerah di Selangor banjir, tiada penduduk dipindahkan
Nasional

Beberapa daerah di Selangor banjir, tiada penduduk dipindahkan

Foto hiasan KUALA LUMPUR, 23 April- Beberapa daerah di Selangor dilanda banjir...