Home Nasional Presiden Uzbekistan berlepas pulang
Nasional

Presiden Uzbekistan berlepas pulang

Presiden Uzbekistan berlepas pulang

Foto BERNAMA

SEPANG, 5 Februari- Presiden Uzbekistan, Shavkat Mirziyoyev berlepas pulang setelah menamatkan sesi lawatan rasmi dua hari ke Malaysia.

Keberangkatan pulang Mirziyoyev dari Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu diiringi upacara pelepasan permaidani merah dan kawalan kehormatan anggota Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja.

Mirziyoyez dan delegasi berlepas ke Tashkent menaiki pesawat Uzbekistan Airways pada pukul 8.50 malam.

Turut mengiringi kepulangan beliau, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Kunjungan Mirziyoyez kali ini menyasarkan kerjasama dua hala dalam bidang pendidikan, pelancongan, teknologi dan sektor utama yang lain, sekali gus memperkukuh hubungan bilateral Uzbekistan-Malaysia.

Pada sesi pertemuan empat mata bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, persetujuan turut dicapai dalam usaha memperkukuh bidang pendidikan tinggi serta institut penyelidikan.

Selain bertujuan mengeratkan lagi hubungan antara rakyat agar saling kenal dan memahami persamaan mahupun perbezaan kedua-dua negara.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....