Home Nasional PM beri sumbangan kepada bapa tunggal lima anak di Kuantan
Nasional

PM beri sumbangan kepada bapa tunggal lima anak di Kuantan

PM beri sumbangan kepada bapa tunggal lima anak di Kuantan

Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 1 Februari– Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada seorang bapa tunggal di Kampung Chengal Lempong, Kuantan.

Sumbangan berupa wang tunai dan bakul makanan disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi yang menziarahi Mohamad di kediamannya.

Menurut kenyataan di Facebook rasmi Perdana Menteri malam ini, Mohammad merupakan bapa tunggal kepada lima orang anak yang menyara anak-anaknya dengan melakukan kerja-kerja kampung, tanpa sebarang pendapatan tetap.

\”Alhamdulillah, sempat bertemu dengan Encik Mohammad semasa berada di Kampung Chengal Lempong, Kuantan, Pahang.

Selain itu, dengan kerjasama Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Pahang, bantuan untuk membaik pulih rumah keluarga itu juga telah dirangka dan akan dilaksanakan.

\”Saya mendoakan keluarga Encik Mohammad sentiasa berada dalam lindungan-Nya dan semoga bantuan ini akan dapat meringankan sedikit sebanyak beban yang dihadapi keluarga ini\”, menurut perkongsian semula Datuk Seri Anwar di Facebook.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....