Home Nasional PLKN: Keyakinan, disiplin pelatih dibentuk
Nasional

PLKN: Keyakinan, disiplin pelatih dibentuk

PLKN: Keyakinan, disiplin pelatih dibentuk

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 30 Januari- Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), platform terbaik untuk membina keyakinan dan disiplin pelatih terlibat.

Ia dilaksana menerusi modul yang mengintegrasi latihan asas ketenteraan dan komponen kenegaraan.

Alumni PLKN mengakui manfaatnya sangat besar, terutama ketika melangkah ke dunia pekerjaan.

\”Bila kita menyertai PLKN ini, kita dapat meningkatkan kemahiran diri dan disiplin diri, terutamanya dalam pengurusan masa.

\”Malah, ia juga meningkatkan kecergasan jasmani kita. Apabila tubuh badan kita sihat, Insya-Allah, kita akan dapat melahirkan mental yang sihat, agar dapat berfikir secara rasional.

\”Daripada pengalaman itu, saya menyertai latihan asas perajurit muda untuk menjadi seorang anggota tentera,\” kata Juruteknik ICT Tentera Darat Malaysia, Koperal Muhammad Hafiz Ibrahim.

\”Bila berada di alam pekerjaan, mereka (peserta) mempunyai tanggungjawab untuk memberi kualiti kerja yang lebih baik dan tidak akan mensia-siakan pekerjaan yang telah mereka miliki.

\”Selain itu, mereka juga dapat bergaul dengan lebih mesra dengan pelbagai bangsa tanpa mengira warna kulit,\” kata Pensyarah, Dr. Nur Fariza Izan.

\”Sebab ia (PLKN) membantu disiplin saya, sahsiah saya, dan akhlak saya sebagai seorang manusia. Akhirnya, saya berada di sini sebagai seorang guru dan jurulatih gimnastik Johor. Terima kasih PLKN,\” kata Guru, Muhammad Amzar Sabri Azhar.

Siri pertama PLKN 3.0 selama 45 hari, bermula 12 Januari lalu hingga 25 Februari lalu.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....