Home Nasional Peruntukan RM28 juta naik taraf, lebarkan jalan Sungai Burung
Nasional

Peruntukan RM28 juta naik taraf, lebarkan jalan Sungai Burung

Peruntukan RM28 juta naik taraf, lebarkan jalan Sungai Burung

Foto BERNAMA

BAGAN DATUK, 30 Januari- Sebanyak RM28 juta diperuntuk bagi menaik taraf dan melebarkan jalan di Sungai Burung di sini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau telah mengarahkan Pegawai Daerah (DO) dan Ketua Pengarah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) untuk menyegerakan projek tersebut.

\”Sebelum ada hotel, jalan mestilah besar supaya kereta boleh lalu, bukan satu lorong sahaja dan satu arah berhenti. Tak mahu begitu.

\”Saya sudah bercakap dengan DO dan juga dengan Pengarah KKDW. Peruntukan untuk jalan dahulu adalah 10 juta, tetapi kini telah meningkat kepada RM28 juta untuk membina jalan,\” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina di sini.

Selain itu, beliau juga akan meminta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu untuk menyelesaikan beberapa isu berkaitan perikanan di Sungai Burung.

Antaranya isu kegagalan pembaharuan lesen menangkap ikan susulan syarat yang memerlukan nelayan menaik taraf kapasiti enjin mereka terlebih dahulu.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....