Home Nasional Peningkatan hubungan Malaysia-Uzbekistan, rakyat dapat manfaat- Fahmi
Nasional

Peningkatan hubungan Malaysia-Uzbekistan, rakyat dapat manfaat- Fahmi

Peningkatan hubungan Malaysia-Uzbekistan, rakyat dapat manfaat- Fahmi

Foto FB Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 5 Februari- Peningkatan hubungan dua hala Malaysia-Uzbekistan ke tahap perkongsian strategik akan memberi manfaat besar kepada rakyat di kedua-dua negara.

Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, ini juga akan memperkukuh kerjasama antara ASEAN dengan Uzbekistan.

\”Lawatan rasmi Presiden Uzbekistan, Shavkat Mirziyoyev ke Malaysia membuktikan komitmen tersebut, dan amat dihargai oleh kerajaan.

\”Pada Mei tahun lalu, Timbalan Menteri Teknologi Digital Uzbekistan, Maxsudov Jamol mengadakan pertemuan dengan Timbalan Menteri Komunikasi, YB Teo Nie Ching di Putrajaya.

\”Perbincangan kedua-dua pihak antara lain menekankan kepentingan memperkukuh hubungan melalui teknologi 5G, keselamatan dalam talian, serta pembangunan ekosistem digital yang mampan.

\”Kementerian Komunikasi bersedia untuk berkongsi pengalaman dalam pelaksanaan 5G dan Pelan JENDELA (Jalinan Digital Negara),\” katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Tambahnya, perkongsian kepakaran itu diharap mempercepatkan transformasi digital di pelbagai sektor yang akan meningkatkan daya saing global dan kesejahteraan masyarakat.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....