Home Nasional NGO berpengalaman terlibat mesyuarat pertama pembangunan semula Gaza
Nasional

NGO berpengalaman terlibat mesyuarat pertama pembangunan semula Gaza

NGO berpengalaman terlibat mesyuarat pertama pembangunan semula Gaza

Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar

PUTRAJAYA, 1 Februari- Mesyuarat pertama berhubung usaha Malaysia membantu membangunkan semula Gaza, Palestin pada 6 Februari depan bakal melibatkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berpengalaman.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata penglibatan NGO berkenaan dalam Jawatankuasa Khas Penyelarasan Agensi-Agensi bagi menyahut hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim agar Malaysia memainkan peranan penting membantu rakyat Palestin dizalimi dan hampir musnah akibat serangan Israel sejak Oktober 2023.

\”Kita panggil sekali juga badan bukan kerajaan (NGO) yang biasa terlibat dalam membantukita sama-sama mendoakan agar hasrat yang disebut Perdana Menteri supaya Malaysia memainkan peranan khususnya dalam konteks bersama-bersama dengan kerajaan Jepun untuk membantu rakan-rakan dan sahabat kita ditindas serta dizalimi oleh rejim Zionis Israel,\” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Zikir Akbar Madani sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2025 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini.

Lebih 5,000 jemaah hadir mengimarahkan program itu yang dimulakan dengan Solat Maghrib dan Isyak, Solat Sunat Hajat, Bacaan Yasin dan Doa untuk kesejahteraan negara disusuli dengan bacaan zikir, selawat dan tausiyah.

Serentak dengan kedatangan bulan mulia iaitu Syaaban sambutan Hari Wilayah Persekutuan pada tahun ini amat bermakna dan menjadi wadah untuk menyatukan umat Islam dalam menghayati nilai-nilai spiritual.

Majlis berkenaan turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr. Zaliha Mustafa, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Luqman Abdullah dan Ketua Pengarah JAKIM Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....