Wednesday , 23 April 2025
Home Nasional Malaysia-Uzbekistan meterai MoU, perkukuh pertumbuhan ekonomi – Tengku Zafrul
Nasional

Malaysia-Uzbekistan meterai MoU, perkukuh pertumbuhan ekonomi – Tengku Zafrul

Malaysia-Uzbekistan meterai MoU, perkukuh pertumbuhan ekonomi – Tengku Zafrul

Foto FB Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 5 Februari- Memorandum Persefahaman (MoU) dimeterai antara Malaysia-Uzbekistan, membabitkan projek berpotensi untuk memperkukuh pertumbuhan ekonomi dan industri kedua-dua negara.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, ia membabitkan projek berpotensi antaranya dalam bidang elektronik dan semikonduktor, industri automotif, kuasa hidro dan tenaga solar, industri kimia, makanan serta farmaseutikal.

Tambahnya, sesi perbincangan yang dilaksanakan oleh kerajaan bersama sektor perniagaan merintis kerjasama strategik baharu bagi kedua-dua negara.

\”Kami berdua (Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Uzbekistan, Laziz Kudratov) bersetuju untuk memajukan kerjasama dalam pelbagai bidang.

\”Ia termasuk perdagangan, pelaburan, pembangunan industri, elektronik, teknologi maklumat, kecerdasan buatan, penjagaan kesihatan, farmaseutikal, kewangan Islam, pertanian dan halal, pengangkutan serta pelancongan,\” katanya semasa berucap pada Forum Perniagaan Uzbekistan-Malaysia 2025 di sini.

Related Articles

Pemakaian Jalur Gemilang usaha awal didik cinta negara
Nasional

Pemakaian Jalur Gemilang usaha awal didik cinta negara

Dr. Muhammad Shamshinor Abdul AzzisKUALA LUMPUR, 23 April- Langkah mewajibkan pelajar untuk...

Turkiye minat jadi Rakan Dialog Sidang Kemuncak ASEAN 2025
Nasional

Turkiye minat jadi Rakan Dialog Sidang Kemuncak ASEAN 2025

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Tenaga dan Sumber...

KENDANA, WAJA jalin kerjasama tingkatkan standard penjagaan warga emas
Nasional

KENDANA, WAJA jalin kerjasama tingkatkan standard penjagaan warga emas

Ketua Pegawai Eksekutif KENDANA, Rashidi Yahaya (dua dari kiri) dan Presiden WAJA,...

Beberapa daerah di Selangor banjir, tiada penduduk dipindahkan
Nasional

Beberapa daerah di Selangor banjir, tiada penduduk dipindahkan

Foto hiasan KUALA LUMPUR, 23 April- Beberapa daerah di Selangor dilanda banjir...