Home Nasional Malaysia negara ASEAN pertama bangunkan bandar wakaf di Gaza
Nasional

Malaysia negara ASEAN pertama bangunkan bandar wakaf di Gaza

Malaysia negara ASEAN pertama bangunkan bandar wakaf di Gaza

Foto AFP

KUALA LUMPUR, 30 Januari- Malaysia menjadi negara ASEAN pertama yang bakal membangunkan Bandar Wakaf Malaysia di Gaza.

Ketua Pegawai EksekutifMajlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Datuk Sani Araby Abdul Alim Arabyberkata, projek seluas 87 ekar di Khan Yunis itu dianggarkan menelan belanja RM120 juta.

Sekali gus menjadi perintis model pembangunan wakaf yang komprehensif dan mampan.

Jelasnya, MAPIM Malaysia menyambut baik hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mempercepatkan pembangunan semula Gaza.

\”Inisiatif itu mencerminkan komitmen Malaysia dalam usaha membangun semula Gaza, selain memperkukuh kedudukan negara di pentas antarabangsa sebagai penyokong utama perjuangan Palestin.

\”Ia hasil kerjasama pelbagai pihak termasuk kerajaan, agensi negeri, badan wakaf, NGO (badan bukan kerajaan), dan rakyat Malaysia, meliputi komponen utama antaranya apartmen wakaf, masjid, sekolah, dapur komuniti, premis perniagaan dan hospital.

\”Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor turut berkenan menitahkan Tabung Pembangunan Ihsan Selangor-Gaza yang telah dilancarkan pada Mac tahun lalu simbolik sokongan padu projek berkenaan,\” katanya menerusi kenyataan.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan projek itu berjaya menyatukan hati rakyat Malaysia merentasi bangsa dan agama, sekali gus menjayakan pembinaan semula Gaza.

Majlis pelancaran akan diumumkan dalam masa terdekat dan dijangka menjadi peristiwa bersejarah dalam hubungan diplomasi dan solidariti kemanusiaan Malaysia-Palestin.

MAPIM bersama sinergi CGM, Gagasan MyAqsa Defender dan rakan NGO lain yang sebelum ini telah membina 10 masjid di Gaza serta membaik pulih hospital, sekolah, dan rumah penduduk, akan memainkan peranan penting dalam menjayakan projek ini.

Sehingga kini pihak sekretariat telah menerima persetujuan wakaf bernilai RM40 juta.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....